pel | pel | Komputer | Tiada | Tiada |
Pel-Ebstein fever | demam Pel-Ebstein | Perubatan | Tiada | Demam berombak (yang suhunya turun naik) penyakit Hodgkin, yang berlaku setiap hari dan mencapai kemuncak suhu 40oC atau lebih selepas hari kelima. Demam ini perlahan-lahan reda selepas 10 hingga 14 hari. |
schematic grading alternative | alternatif penggredan skematik | Landskap | Tiada | Pilihan konsep pel an rombak aras bagi permukaan lahan yang dicadangkan oleh pereka bentuk kepada pelanggan dalam pembangunan landskap. |
exploded plan | pelan pembesaran | Landskap | Tiada | Pelan yang telah diperbesar beberapa kali ganda ukuran pel an asal untuk menunjukkan perincian jalan, bangunan, perparitan dan sebagainya dengan lebih jelas. |
Hodgkin�s disease | penyakit Hodgkin | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit yang puncanya tidak diketahui, yang dicirikan dengan pembesaran kelenjar limpa, hiperplasia pada tisu limfoid limpa, hati dan organ lain, anemia dan deman. Ciri histologi yang tipikal bagi penyakit ini ialah wujudnya sel Reed-Sternberg. Lihat juga demam Pel-Ebstein. |
shawm | shawm | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Shawm terdapat dalam pelbagai bentuk dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. |
joget | joget | Muzik | Tiada | Lagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang terlibat termasuklah biola, akord |