Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh, per­singgahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Peribahasa

Anjing bercawat ekor.

Bermaksud :

Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
entrepot portpelabuhan entrepotPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPelabuhan yang mengimport barangan untuk dieksport semula.
port risk insuranceinsurans risiko pelabuhaninsuransTiadaInsurans untuk kapal di pelabuhan, yang perlindungannya adalah terhadap liabiliti pelanggaran. Jumlah indemnitinya adalah lebih besar daripada yang diperuntukkan oleh polisi insurans kapal marin masa.
entrepotentrepotEkonomiTiadaPusat perdagangan atau pelabuhan yang mengimport barang dari sesebuah negara dan kemudiannya mengeksport semula barang tersebut ke negara lain, tanpa mengenakan cukai. Misalnya, negara Singapura.
aerobridgejambatan udaraAeroangkasaTiadaJejambat bertutup yang digunakan oleh penumpang untuk naik atau turun dari pesawat udara. Kegunaannya di terminal pelabuhan udara adalah untuk kemudahan penumpang di samping memberi keselesaan dan keselamatan.
transportation infrastructureinfastruktur pengangkutanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKemudahan dan perkhidmatan asas yang menyokong sistem pengangkutan, contohnya jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang.
parataxisparataksisKesusasteraanPuisiProses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara
embargoembargoEkonomiTiada1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas.
indented coastpinggir laut lekukSains MarinTiadaKawasan pinggir laut yang berlekuk akibat tindakan hakisan ombak terhadap susunan batuan yang berbeza kekuatan. Kawasan ini membentuk laluan air yang menghala ke arah daratan. Ciri ini membolehkannya menjadi pelabuhan semula jadi dan kedalamannya juga lebih dalam daripada biasa.
lower low water datumdatum air surut rendahSains MarinTiadaPenghampiran kepada purata air surut rendah yang digunakan sebagai datum pasang surut untuk kawasan yang terhad dan kekal untuk jangka masa yang tidak terhad. Istilah ini juga digunakan dalam bidang kejuruteraan awam dalam sungai dan pelabuhan.
12

Kembali ke atas