portpolio analysis | analisis portfolio | Ekonomi | Tiada | Analisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu. |
master fund | dana induk | Kewangan | Tiada | Kompleks dana yang mengumpulkan dana daripada pelabur dan kemudiannya melaburkan dana-dana tersebut ke pelbagai pasaran sebelum menyerahkan semula keuntungan kepada pelabur. |
passive investor | pelabur pasif | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
institutional investor | pelabur institusi tanah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
blended finance | pembiayaan campuran | Kewangan | Tiada | Strategi sumber modal awam untuk menarik pihak pelabur swasta bagi melabur dalam projek yang boleh mencapai pulangan kewangan positif terhadap kesan sosial dan alam sekitar. |
equity crowdfunding | pendanaan awam ekuiti | Kewangan | Tiada | Kaedah mengumpulkan modal untuk digunakan oleh syarikat pemula niaga daripada beberapa pelabur dengan menawarkan pegangan saham dalam syarikat sebagai pertukaran untuk pelaburan. |
pitching | picing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembentangan idea perniagaan yang dilakukan untuk menerangkan produk atau perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan kepada bakal pembeli atau bakal pelabur yang berpotensi. |
bourgeois | borjuis | Ekonomi | Tiada | Satu kelas pertengahan masyarakat yang terlibat dalam industri yang mengikut Karl Marx, menjadi penindas kepada kelas pekerja (proletariat). Mereka termasuk pedagang, jurubank, pelabur utama, dan usahawan di sektor industri. Golongan ini memainkan peranan penting semasa revolusi industri di Eropah Barat. |
supply-side economy | ekonomi sebelah penawaran | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes. |
cagamas bond | bon cagamas | Ekonomi | Tiada | Bon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut. |