indecency | kejelikan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sesuatu keadaan atau perlakuan yang jelik dan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral awam. Contohnya, seseorang yang menyiarkan iklan khidmat pelacuran. |
labour trafficking | pemerdagangan buruh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk perhambaan moden yang melibatkan aktiviti-aktiviti memperdagangkan manusia bagi tujuan perburuhan seperti buruh paksa, perhambaan hutang, pelacuran dan buruh kanak-kanak. |
child trafficking | pemerdagangan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk pemerdagangan manusia yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Bentuk pemerdagangan ini termasuklah eksploitasi seksual kanak-kanak yang terdiri daripada pelacuran, pornografi dan seks pelancongan kanak-kanak. Tindakan ini memberikan implikasi negatif terhadap perkembangan diri, keselamatan dan kesejahteraan psikososial kanak-kanak tersebut. |
victimless crime | jenayah tanpa mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang tidak melibatkan seseorang individu atau kumpulan individu sebagai mangsa, iaitu penglibatan individu tersebut adalah atas persetujuan mereka sendiri. Contohnya, penglibatan dalam pelacuran dan penagihan dadah. |
female criminality | kejenayahan wanita | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh wanita berdasarkan perspektif gender dengan tujuan utama untuk mengkaji punca jenayah tersebut dilakukan dan mencari jalan untuk membendungnya. Contohnya, wanita yang terlibat dalam pelacuran atau ibu yang membunuh bayinya yang baru lahir. |
unreported activity | aktiviti tak terlapor | Ekonomi | Tiada | Kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara dan merupakan punca utama yang boleh merendahkan angka pendapatan negara. Aktiviti tak terlapor termasuk kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, atau penyeludupan, serta kegiatan sah dari segi undang-undang yang bertujuan untuk mengelak cukai seperti pekerjaan sendiri dalam projek tertentu. |
organized crime | jenayah terancang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh sindiket atau organisasi dengan membuat persediaan dan perancangan yang pada lazimnya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya, jenayah ini dilakukan dalam skala yang besar dan ada kalanya, melibatkan pasaran gelap. Contohnya, pelacuran, perjudian dan penyeludupan dadah. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |