Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.dang] | ڤلادڠ

Definisi : orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.dang] | ڤلادڠ

Definisi : orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farmer's comprehensive personal liabilityliabiliti peribadi komprehensif peladanginsuransTiadaPolisi liabiliti peribadi komprehensif yang diubahsuai untuk melindungi risiko berhubung dengan perladangan.
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari.

Kembali ke atas