Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.hi.ran] | ڤلاهيرن

Definisi : perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelahiran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labourpelahiranKejururawatanTiadaProses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran.
semiology semioticsemiologi semiotikKesusasteraanTiadaKajian tentang tanda, pelahiran dan komunikasi, pengelompokan secara sistematik dalam bentuk bahasa dan kod, serta fungsi sosialnya. Tanda meliputi bahasa ujaran dan bukan ujaran. Bahasa ujaran seperti percakapan dan bunyi, manakala bukan ujaran seperti gerak badan dan kod budaya yang lain, iaitu makanan, pakaian, dan ritual. Kajian tanda dalam kesusasteraan adalah relevan kerana kesusasteraan menggunakan bahasa yang merupakan sistem tanda utama dalam kebudayaan manusia.
caput succedaneumkaput suksidaneumKejururawatanTiadaPembengkakan sementara di bawah kulit bahagian presentasi kepala bayi baru lahir disebabkan penekanan yang mengganggu penyaliran vena semasa proses pelahiran.
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
Kegel exercisesenaman KegelKejururawatanTiadaSenaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran.

Kembali ke atas