networked learning | pembelajaran terangkai | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, atau guru dengan guru dari institusi yang berbeza melalui persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Bahan pembelajaran digital boleh dikongsi dan diguna pakai bersama. |
visual learner | pelajar visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang selesa menggunakan kaedah pengajaran melalui penglihatan dengan menggunakan bahan visual seperti graf, carta, peta, gambar rajah, video, demonstrasi dan sebagainya. Banding pelajar auditori, pelajar kinestatik. |
auditory learner | pelajar auditori | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui pendengaran dan percakapan seperti membaca dengan kuat, mendengar rakaman suara, mendengar syarahan atau kuliah, mendengar muzik dan lain-lain. Banding pelajar kinestatik, pelajar visual. |
kinesthetic learner | pelajar kinestetik | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui sentuhan dan gerakan diri sendiri seperti menggerakkan badan, membuat aktiviti fizikal, membuat amali, menggunakan pen penyerlah berwarna, melukis gambar dan mencoret. Banding pelajar visual, pelajar auditori. |
student-centered learning | pembelajaran berpusatkan pelajar | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang berfokus kepada penglibatan aktif pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dipacu oleh kecenderungan, keperluan, kemahuan dan kemampuan pelajar. Sinonim berpusatkan pelajar. |
centennial learners | pelajar sentinial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Golongan pelajar yang dilahirkan pada tahun 1990-an hingga pertengahan tahun 2000 dalam persekitaran era teknologi digital dan multibudaya. Golongan ini secara nalurinya selesa dengan penggunaan Internet dan media sosial sejak lahir. Pelajar sentinial adalah tergolong dalam jati digital dan juga merupakan pascamilenial. Pelajar ini mudah menerima e-pembelajaran. Lihat juga jati digital. Banding pelajar milenial. |
millennial learners | pelajar milenial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Golongan pelajar yang dilahirkan pada tahun 1980-an sehingga pertengahan 1990-an dalam persekitaran permulaan teknologi komputer dan Internet. Mereka lebih meminati pembelajaran interaktif, berasaskan pengalaman dan kolaboratif. Pelajar milenial adalah tergolong dalam jati digital dan mudah menerima e-pembelajaran. Lihat juga jati digital. Banding pelajar sentinial. |
gen Y learners | pelajar gen Y | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi pelajar generasi Y. Lihat juga pelajar milenial. |
gen Z learners | pelajar gen Z | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi pelajar generasi Z. Lihat juga pelajar sentinial. |
mutant learner | pelajar mutan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang mudah menyesuaikan diri, berkembang dan berubah untuk memanfaatkan pembelajaran sambil berkongsi dan menyumbang pengetahuan untuk membantu pelajar lain. Mereka menggunakan teknologi dan alat dalam talian dalam proses tersebut. |