learning object | objek pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran. |
flipped classroom | kelas balikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pembelajaran teradun. Strategi ini memerlukan pelajar untuk mengikuti penyampaian pelajaran atau kandungan pembelajaran secara kendiri dalam talian dan kemudiannya aktiviti pelajaran seperti tugasan, tutorial atau kerja rumah dijalankan dalam kelas bersama-sama dengan pengajar. Lihat juga pembelajaran teradun. |
social capital | aset sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kekayaan masyarakat dalam bentuk pelajaran, seni, keharmonian, dan sebagainya. |
ideal educational endowment | endowmen pendidikan unggul | insurans | Tiada | Polisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati. |
course author | pengarang kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. |
learning design | reka bentuk pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses sistematik yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan secara konsisten dan andal. |
instructional designer (ID) | pereka bentuk pengajaran (ID) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus. |
exit ticket | tiket keluar | Pendidikan | Tiada | Medium penaksiran formatif sama ada dalam bentuk kertas atau widget dalam talian untuk menguji tahap kefahaman pelajar di akhir pelajaran sebagai maklum balas kepada guru. |
informal learning | pembelajaran tidak formal | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran atas inisiatif sendiri yang berlaku bila-bila masa tanpa dirancang di luar bilik darjah, tidak mempunyai sukatan pelajaran yang perlu diikuti, tidak berstruktur dan tiada penilaian. Contohnya, dalam konteks e-pembelajaran, seseorang mempelajari perkara baharu tanpa dirancang semasa melayari Internet. |
entry ticket | tiket masuk | Pendidikan | Tiada | Medium penaksiran formatif sama ada dalam bentuk kertas atau widget dalam talian untuk mengingat kembali ilmu yang disampaikan oleh guru sebelum pelajaran bermula. |