occasional criminals | penjenayah sambilan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang bukan profesional dan tidak menjadikannya sebagai karier. Pelaku jenayah ini melakukan jenayah secara tidak terancang dan hanya melakukannya apabila ada godaan atau faktor pemangkin seperti keperluan peribadi atau sosial. |
con approach | pendekatan tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa. |
diversion | alih haluan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang dilakukan lazimnya oleh pihak penguatkuasa untuk mengelakkan pelaku salah dikenakan tindakan undang-undang dengan cara menggalakkan atau mendorong pelaku tersebut untuk mengikuti program pemulihan. Contohnya, pihak berkuasa mencadangkan agar remaja nakal mengikuti program pemulihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). |
child grooming | pengantunan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
child sexual grooming | pengantunan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
parcel scam | penipuan bungkusan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah komersial yang lazimnya dilakukan oleh sindiket. Dalam jenayah ini, pelaku akan menghubungi mangsa dan meminta mangsa untuk menuntut bungkusan yang telah dikirimkan atas namanya dengan membayar sejumlah wang walaupun bungkusan tersebut sebenarnya tidak wujud. Setelah mangsa membuat pembayaran, pelaku akan memutuskan hubungan dengan mangsa. |
love bomber | pelaku bom cinta | Umum | Tiada | Individu yang menunjukkan kasih sayang dan perhatian berlebihan kepada seseorang yang lain sebagai cara untuk memanipulasi mereka dalam hubungan. |
hero | hero | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku Ielaki yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera. |
heroin | heroin | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku wanita yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera. |