Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg ringan dan terapung (utk mengapungkan pancing atau orang su­paya tidak tenggelam dll, menunjuk jalan di laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lampung
Kata Terbitan : melampung, pelampung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
float levelaras pelampungKejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan pelampung dalam karburetor yang menyebabkan injap jejarum menutup salur masukan bahan api. Pelampung ini dilaraskan untuk mengelakkan penghantaran bahan api yang berlebihan ke dalam mangkuk pelampung supaya tidak terjadi limpahan. Kedudukan pelampung ini menentukan aras bahan api selaras dengan muncung bahan api dalam karburetor.
float levelaras pelampungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKedudukan pelampung di dalam karburetor, untuk membolehkan injap jarum mengawal salur masuk bahan api ke dalam karburetor.
float bowlmangkuk pelampungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTempat tadahan bahan api di dalam karburetor yang menggunakan pelampung untuk melaraskan aras bahan api.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengawal masukan bahan api ke dalam karburetor dan aras bahan api dalam mangkuk apung. Sekiranya aras bahan api dalam mangkuk apung berkurangan, pelampung akan turun dan membesarkan bukaan injap jarum. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak bahan api masuk ke dalam mangkuk dan seterusnya menolak pelampung ke atas dan mengecilkan bukaan injap jarum.
river tubingtetiub sungaiSukanTiadaAktiviti menyusuri sungai dengan menaiki alat seperti pelampung berbentuk tiub.
foulingkotoranPerikananAkuakulturHidupan atau bahan bukan hidup yang melekat pada permukaan jaring, pelampung dan tali sauh sangkar. Kotoran boleh mengganggu operasi ternakan.
fuel nozzlemuncung bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinTiub pada struktur tekak dalam karburetor yang menyuapkan bahan api gasolin dari mangkuk pelampung ke dalam laluan udara semasa aliran ini masuk ke dalam pancarongga pengambilan untuk dibakar dalam kebuk pembakaran. Alat ini berperanan menukarkan bahan api cecair kepada wap atau titisan dan seterusnya bercampur dengan udara pengambilan.
gauge unittolok tangkiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian sistem penunjuk aras bahan api, yang dipasang di dalam tangki, dan terdiri daripada pelampung dan reostat.
vapour-recovery systemsistem pemulihan wapKejuruteraan AutomotifEnjinPemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdapat di dalam karburetor, yang mengawal kemasukan dan aras bahan api yang berada di dalam mangkuk pelampung karburetor.
12

Kembali ke atas