hard tourist | pelancong utama | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain. |
guiding | pemanduan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti yang dilakukan oleh pemandu pelancong berlesen untuk mengiringi pelancong semasa lawatan, seperti pemberian taklimat mengenai sesuatu tempat tarikan pelancong. |
backpacker | pelancong beg galas | Pelancongan | Tiada | Pelancong kelas ekonomi yang hanya menggunakan kemudahan asas dan melibatkan kos yang rendah. |
hedonic tourist | pelancong hedonik | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang melawat ke suatu destinasi untuk tujuan keseronokan. |
global tourist | pelancong global | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang melakukan perjalanan, sama ada untuk memenuhi masa lapang, rekreasi atau tujuan perniagaan. |
grey tourist | pelancong warga tua | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang terdiri daripada mereka yang sudah lanjut usia. |
futuristic tourist | pelancong masa depan | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang menjalankan aktiviti yang mengarah ke masa hadapan, seperti terbang ke angkasa. |
free individual tourist | pelancong individu bebas | Pelancongan | Tiada | Pelancong perseorangan yang tidak mengikuti sebarang pakej pelancongan. Sinonim free individual traveller. |
feeling type tourist | pelancong mudah terasa | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu. |
hardcore nature tourist | pelancong pencinta alam tegar | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mencintai alam sekitar dengan sepenuh hati. |