Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram; ~ benua bahagian pinggir benua yg ditengge­lami air laut; ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di da­rat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : penghantar, pengantara; ®lantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1 bangku panjang tempat duduk-duduk di halaman atau di belakang rumah. 2 lantai (biasanya tidak beratap) tempat menjemur kain dll yg dibina di antara tangga dgn rumah. ~ benua ist kawasan pinggir di keliling sesebuah benua, yg landai dan melebar dr tepi laut hingga ke lantai lautan. ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi (telaga) minyak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantar

Puisi
 

Tepak sirih di tepi dapur,
     Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu;
Minta sirih barang sekapur,
     Buat ubat hati rindu.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
offshore platformpelantar luar pesisirKejuruteraanTiadaPelantar yang terdapat di tengah laut, lazimnya terdiri daripada dua jenis iaitu pelantar struktur keluli dan pelantar graviti konkrit.
abrasion platformpelantar lelasanGeografiTiadaPelantar marin yang licin dan landai di kaki cenuram marin. Pelantar lelasan dibentuk oleh hakisan ombak dan biasanya terdedah pada masa air surut. Pelantar ini dilitupi oleh bahan-bahan kerikil yang bertindak juga sebagai agen-agen lelasan.
drilling platformpelantar gerudiGeologiTiadaStruktur yang digunakan untuk tujuan penggerudian telaga minyak. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, antaranya bentuk kapal, pelantar separuh tenggelam dan pelantar bicu.
drilling platformpelantar gerudiKejuruteraanTiadaStruktur yang digunakan untuk tujuan penggerudian telaga minyak. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, antaranya bentuk kapal, pelantar separuh tenggelam dan pelantar bicu.
monkey boardpelantar keselamatanKejuruteraanTiadaPelantar yang terdapat pada derik tempat pekerja derik bekerja. Pelantar ini dilengkapi dengan peralatan keselamatan. Sinonim: safety platform.
safety platformpelantar keselamatanKejuruteraanTiadaPelantar yang terdapat pada derik tempat pekerja derik bekerja. Pelantar ini dilengkapi dengan peralatan keselamatan.
pad delugepembasah pelantarAeroangkasaTiadaAlat yang menggunakan sejumlah air untuk menyembur pelantar bagi menyejukkan bahagian kritikal pelantar atau enjin roket semasa pelancaran.
log haul-up-hoistpelantar penaik balakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSatah condong tempat kayu balak diangkat naik dan diangkut masuk ke dalam kilang papan menggunakan kabel dan rantai yang bergerak berterusan. Pelantar ini juga disebut pelantar penaik atau tangga penaik.
floatpelantar gantungKejuruteraanKejuruteraan BangunanPelantar yang digantung pada kerangka bangunan keluli bagi membolehkan tukang besi menjalankan kerja kimpalan pada sambungan struktur.
landing stagepelantar pendaratanKejuruteraanTiadaPelantar, biasanya terapung dan terikat ke pantai, untuk menurunkan dan mengambil penumpang, barang angkut dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas