ideal solution | laturan unggul | Kimia | Tiada | Larutan yang terdapat daya tarikan yang sama di antara zat terlarut-zat terlarut, di antara pelarut-pelarut dan di antara zat pelarut-pelarut. |
solvent-solvent fractionation | pemeringkatan pelarut-pelarut | Herba | Fitokimia | Proses pengeluaran sesuatu sebatian antara dua larutan yang tidak larut campur. Contohnya, pengasingan minyak pati daripada hasil penyulingan wap dengan cara menyekatkan minyak pati antara heksana dengan air. Minyak pati akan terlarut ke dalam heksana. |
polar solvent | pelarut berkutub | Kimia | Tiada | Pelarut yang mempunyai momen dwikutub yang tinggi. Pelarut berkutub merupakan pelarut yang baik bagi zat pelarut berion dan berkutub, seperti kebanyakan garam dan gula, tetapi merupakan pelarut yang kurang baik bagi zat terlarut kovalen yang tak berkutub, seperti lilin parafin dan jeli petroleum. Misalnya, air. |
solvent | pelarut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cecair yang berkemampuan melarutkan bahan lain. Ada dua jenis pelarut dalam industri perkayuan iaitu pelarut air, dan pelarut oganik seperti aseton, etanol dan benzena. Pelarut digunakan dalam pengawetan, pengekstrakan ekstraktif, dan perekatan. |
polar solvent | pelarut berkutub | Herba | Fitokimia | Bahan pelarut yang mempunyai momen dwikutub yang tinggi kerana mengandungi kumpulan penarik elektron seperti hidroksil, amino, keton, karboksil dan siano, atau atom penarik elektron seperti klorin, oksigen dan nitrogen. Pelarut ini digunakan untuk melarutkan bahan yang berkutub dan tidak larut di dalam pelarut tak berkutub. Contoh pelarut ini termasuk metanol, etanol, etil asetat, aseton, asetonitril dan kloroform. Banding pelarut tak berkutub. |
thin layer chromatography | kromatografi lapis tipis | Kimia | Forensik | Kromatografi jenis mikro. Lapisan nipis penjerap, biasanya gel silika khas, disapu pada permukaan kaca, atau digabungkan ke dalam filem plastik. Larutan yang hendak dikaji dititiskan pada satu hujung plat kaca, dan hujung ini kemudiannya direndam dalam pelarut. Pelarut membawa titisan larutan kajian ke bahagian atas plat berdasarkan pemisahan berpilih. Satu perbandingan dengan piawai kemudiannya dibuat untuk mengenal pasti kandungan larutan kajian tersebut. |
non-polar solvent | pelarut tak berkutub | Herba | Fitokimia | Bahan pelarut yang momen dwikutubnya rendah atau tiada langsung. Pelarut ini biasanya terdiri daripada karbon dan satu jenis unsur lain seperti hidrogen, contohnya, pentana, heksana, petroleum eter dan benzena, dan klorin, contohnya, karbon tetraklorida dan tetrakloroetilena atau yang mempunyai molekul simetri seperti dietil eter. Pelarut ini digunakan untuk melarutkan bahan atau sebatian yang tidak berkutub. Banding pelarut berkutub. |
solvent extraction | pengekstrakan pelarut | Kimia | Tiada | Pengekstrakan satu komponen daripada sesuatu campuran dengan menggunakan pelarut yang melarutkan bahan yang diperlukan, tetapi kurang melarutkan komponen lain. kaedah ini selalunya digunakan untuk mengekstrak hasil semula jadi. Campuran dapat juga diasingkan melalui sekatan antara dua pelarut yang berbeza yang saling tak terlarut campurkan. Campuran ini dilarutkan di dalam satu pelarut, kemudian digoncang dengan pelarut yang satu lagi, lalu dibiarkan membentuk dua lapisan yang mudah diasingkan. |
extraction solvent | pelarut pengekstrakan | Kimia | Tiada | Pelarut yang digunakan untuk mengekstrakkan juzuk yang dikehendaki daripada campuran, lazimnya pelarut organik seperti eter. |
mixed-solvent extraction | penyarian pelarut campur | Kejuruteraan | Tiada | Penapisan pelarut menggunakan lebih daripada satu pelarut. |