web apps | app web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi pelanggan-pelayan yang terdapat pada pelayan capaian jauh yang dicapai melalui Internet menerusi pelayar web. App web berperanan untuk melakukan sebarang bentuk fungsi di tapak web untuk pengguna. Contoh app web dalam e-pembelajaran ialah Google Docs, Gmail, Trello dan Twitter. |
dumb-waiter | pelayan palsu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kotak bertingkat yang boleh diturunnaikkan seperti lif untuk membawa makanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pelayan palsu biasanya digunakan di bahagian dapur ruang hospitaliti, seperti hotel atau restoran. |
butler | pelayan tetamu khas | Pelancongan | Tiada | Individu yang memberikan perkhidmatan peribadi kepada tetamu kenamaan di hotel mewah. |
wine waiter | pelayan wain | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
wine steward | pelayan wain | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
cloud | awan | - | Tiada | Teknologi yang menyimpan e-buku di pelayan penyedia dan boleh diakses oleh pengguna. |
PHF attack | serangan PHF | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran. |
application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |
e-banner | e-sepanduk | - | Tiada | Satu bentuk pengiklanan dalam jaringan sejagat yang dihantar oleh pelayan iklan. |
biometric template | templat biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sasaran ciri fizikal pengguna yang disimpan dalam pelayan komputer untuk tujuan perbandingan dengan sampel ciri fizikal pengguna yang akan diuji. |