focus | pemusatan | Kesusasteraan | Puisi | Tumpuan penyair terhadap sesuatu situasi atau gagasan, dan menarik penghayatan pembaca terhadap tumpuan tersebut. Dalam puisi ini taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga melambangkan pelbagai kaum. Contohnya, daripada puisi "Titisan Darah di Tanah Indah" karya A. Samad Said. Sinonim focus. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua! |
multiviscosity oil | minyak pelbagai kelikatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat minyak pelbagai gred. |
polysubstance use disorder | gangguan penggunaan pelbagai bahan | Perubatan | Psikiatri | Penyakit psikiatri yang berpunca daripada penggunaan pelbagai bahan, seperti alkohol, dadah, gam dan ubat yang tidak dipreskripsi oleh doktor. |
nanodispersion | nanopenyebaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas. |
scatter cushion | kusyen serak | Kesenian | Tiada | Kusyen daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
throw pillow | bantal serak | Kesenian | Tiada | Bantal daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
multiple nuclei theory | teori pelbagai nukleus | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu teori struktur ruang bandar yang menunjukkan pertumbuhan bandar terjadi di pelbagai pusat tertentu. |
synthesis | sintesis | Kesusasteraan | Tiada | Penggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�. |
benthos | bentos | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di bahagian bentik atau dasar laut, sama ada di permukaan, di dalam atau berhampiran dengan sedimen dasar. Organisma bentos merangkumi kedua-dua komponen flora dan fauna. Contohnya, fauna bentos seperti cacing poliketa, pelbagai spesies krustasia, pelbagai spesies moluska, serta spesies ikan dasar laut seperti ikan sebelah, ikan pari dan sebagainya. Contoh flora bentos pula seperti rumput laut, rumpai laut dan pelbagai jenis alga. |
transmedia | transmedia | Umum | Tiada | Interaksi antara pelbagai bentuk media yang membawa kepada penumpuan dan juga pemindahan kandungan dari satu bentuk media ke bentuk yang lain. Dengan kata lain, transmedia merujuk kepada hubungan antara pelbagai bentuk media. |