Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : (pelékat) sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : ®pelakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : perekat, gam; berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelekat

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green stickerpelekat hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem pelabelan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang agar dilekatkan pada produk pengguna. Pelekat hijau digunakan untuk menggambarkan penggunaan tenaga yang efisien atau pengurangan terhadap pencemaran berbanding dengan produk konvensional. Contohnya, pelekat bintang tenaga.
caulking compoundsebatian pakalKesenianHiasan DalamanBahan pelekat yang boleh dibengkokkan, yang digunakan untuk menampal lubang atau rekahan dalam proses memakal.
gasket cementsimen gasketKejuruteraan AutomotifEnjinGel cecair atau bahan pelekat yang digunakan untuk mengikat gasket dengan permukaan yang akan bersentuhan dengan permukaan lain. Bahan ini juga boleh digunakan terus untuk menjalankan fungsi gasket.
glue downperekat bawahKesenianHiasan DalamanKaedah pemasangan untuk melekatkan karpet pada permukaan lantai, tangga atau dinding dengan menggunakan pelekat. Ini adalah kaedah pemasangan pilihan yang terbaik untuk kebanyakan keadaan permukaan lantai.
registered productproduk berdaftarHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Produk berdaftar mempunyai dua ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang perlu dipamerkan pada setiap pek pembungkusan produk herba.
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.

Kembali ke atas