green sticker | pelekat hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem pelabelan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang agar dilekatkan pada produk pengguna. Pelekat hijau digunakan untuk menggambarkan penggunaan tenaga yang efisien atau pengurangan terhadap pencemaran berbanding dengan produk konvensional. Contohnya, pelekat bintang tenaga. |
caulking compound | sebatian pakal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan pelekat yang boleh dibengkokkan, yang digunakan untuk menampal lubang atau rekahan dalam proses memakal. |
gasket cement | simen gasket | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gel cecair atau bahan pelekat yang digunakan untuk mengikat gasket dengan permukaan yang akan bersentuhan dengan permukaan lain. Bahan ini juga boleh digunakan terus untuk menjalankan fungsi gasket. |
glue down | perekat bawah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaedah pemasangan untuk melekatkan karpet pada permukaan lantai, tangga atau dinding dengan menggunakan pelekat. Ini adalah kaedah pemasangan pilihan yang terbaik untuk kebanyakan keadaan permukaan lantai. |
registered product | produk berdaftar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Produk berdaftar mempunyai dua ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang perlu dipamerkan pada setiap pek pembungkusan produk herba. |
collagen | kolagen | Fizik | Nanoteknologi | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |