Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.raian] | ڤلراين

Definisi : proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peleraian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fibre openingpeleraian gentian/peleraian seratKesenianTiadaTiada
separation of forcepeleraian tentera;peleraian kuasa;pengasingan tentera;pengasingan kiraanSejarahTiadaTiada
denouementpeleraianKesusasteraanTiadaBahagian atau plot dalam sesebuah naratif atau drama apabila semua keruwetan dan konflik yang berlaku berjaya diselesaikan. Peleraian biasanya terletak pada akhir cerita dan sering digunakan dalam konteks komedi atau melodrama, manakala istilah yang digunakan untuk bahagian yang serupa dalam drama tragedi ialah catastrophe. Namun begitu, antara kedua-dua istilah ini, peleraian lebih merupakan istilah umum. Peleraian berasal daripada bahasa Perancis denouement yang bermaksud �membuka� atau �melerai�. Lihat juga komedi, melodrama, resolusi.
falling actionaksi menurunKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang menyusul klimaks dan menuju ke arah peleraian cerita. Lihat juga peleraian, puncak, resolusi. Banding aksi menaik.
resolution time correctionpembetulan masa peleraianKejuruteraanTiadaPembetulan kadar bilangan yang dicerap bagi membolehkan kebarangkalian berlakunya peristiwa dalam masa peleraian.
segregationpengasinganKejuruteraanKejuruteraan BangunanPeleraian batu dan pasir di dalam campuran konkrit akibat perbezaan berat dan tinggi penuangan, semasa peletakan konkrit ke dalam acuan. Peleraian boleh menghasilkan konkrit yang berongga dan mempunyai kekuatan yang rendah.
metaphorical solutionpenyelesaian kiasanKesusasteraanTiadaPeleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan.
catharsiskatarsisKesusasteraanTiadaPeleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara.
vertical resolutionpeleraian menegakKomunikasiKorporatProses menguruskan penyelesaian masalah secara dua hala antara pihak pengurusan atasan dengan pihak bawahan. Proses komunikasi biasanya dimulakan oleh pihak atasan, manakala pihak bawahan akan memberikan maklum balas. Proses komunikasi boleh berlaku secara rasmi atau tidak rasmi. Perkara yang dikerap diurus melalui proses ini ialah perkara yang berkaitan dasar, peraturan, kebajikan pekerja, dan kepentingan organisasi. Peleraian menegak penting dalam pengurusan krisis hubungan pekerja bagi menjamin keharmonian dan kerjasama ahli dalam organisasi. Tujuannya adalah untuk memastikan organisasi berfungsi secara seimbang dan lancar bagi menjamin kesetiaan pekerja berkekalan.
resolution of vectorspeleraian vektorMekanikGunaanProses menggantikan vektor dengan dua atau tiga vektor lain yang mempunyai kesan tindakan yang sama seperti vektor asal. Vektor leraian itu dinamai ‘komponen’ bagi vektor asal. Vektor asal tadi pula dinamai ‘paduan’ bagi komponen yang berkenaan. Komponen-komponen vektor mempunyai magnitud dan hala yang berlainan daripada magnitud dan hala vektor paduan yang berpadanan. Peleraian vektor dicapai melalui hukum segi empat selari, konsinus arah ataupun hasil darab titik. Lihat juga hukum segi empat selari, kosinus arah, hasil darab bintik.
12345678910...

Kembali ke atas