Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pelét) bp rumah pangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) Jw belang-belang pd kayu; kayu ~ kayu yg berbelang-belang (dr pokok Kleinhevia hospita yg selalu digunakan utk mem­buat sarung keris dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) Jk 1. sj getah utk menangkap burung; 2. = minyak ~ sj minyak (drpd ikan duyung dll) utk memikat hati perempuan dll; 3. = peletan kata-kata manis utk memujuk, pujukan, rayuan; memelet 1. menggetah burung; 2. memikat perempuan dgn menggunakan minyak pelet; 3. menggunakan kata-kata manis (utk memikat hati), memujuk, merayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) 1. bahan makanan ternak yg berbutir-butir: ~ ikan; 2. benda yg berbutir-butir: racun jenis ~ lebih berkesan kerana ia dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pellet fuelpelet bahan apiFizikAtom dan Nuklear1. Bahan api uranium untuk reaktor nuklear dalam bentuk silinder seramik yang panjangnya kira-kira setengah inci dan garis pusatnya 3/8 inci. Pelet ini disusun bertindihan di dalam tiub panjang bagi membentuk rod bahan api. 2. Suatu pelet kecil deuterium dan tritium beku yang digunakan sebagai bahan api dalam reaktor belahan teraruh laser.
cobalt pelletpelet kobaltKejuruteraanTiadaPelet yang mengandungi kobalt sebagai punca gama bagi teleterapi.
pelletingpempeletanVeterinarTiadaProses menghasilkan bahan makanan ternakan dalam bentuk pelet atau untilan kecil. Lihat juga pelet.
laser fusionlakur laserKejuruteraanTiadaTembakan laser berkuasa tinggi ke atas pelet deutrium atau tritium yang menyebabkan pelet tersebut meleduk mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba.
spheronizerpensferaFarmasiFarmaseutikPeralatan yang menghasilkan pelet daripada semperit. Semperit diletakkan dalam loyang beralur dan diputar pada kelajuan yang tertentu. Tahap kelajuan akan menentukan saiz pelet yang terhasil.
palm kernel pelletpelet isirung kelapa sawitVeterinarTiadaSalah satu bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Selepas diperah minyak daripada isirung kelapa sawit, hampasnya yang berbentuk kek diproses menjadi bentuk pelet. Proses penghasilannya menggunakan acuan khas yang boleh membentuk untilan-untilan kecil bersaiz 6-12 mm diameter dan 1 cm panjang. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
artificial meteormeteor buatanMatematikTiadaPelet aluminimum berdiameter 1/2 inci dan berat beberapa gram, yang dilancarkan di angkasa lepas, pada ketinggian 55 batu dan kelajuan 40 000 batu sejam yang dilakukan pada tahun 1957. Banyak pelet ini dipercayai masuk ke angkasa dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbit seperti komet atau ditelan matahari.
pelletpeletVeterinarTiadaBentuk makanan yang diperoleh selepas makanan dedak atau serbuk diasak dan dipaksa keluar melalui acuan khas supaya makanan menjadi untilan bersaiz kecil. Saiz untilan boleh diubah mengikut kesesuaian berdasarkan jenis ternakan yang memakannya. Dalam proses ini, natrium bentonit atau molases ditambah ke dalam campuran sebagai pengikat untuk menguatkan untilan. Proses ini akan menyebabkan makanan dalam bentuk serbuk menjadi sejat, melekat dengan kuat dan tidak peroi. Biasanya, makanan ternakan akuakultur diproses dalam bentuk ini supaya lebih tahan dan tidak hancur apabila berada di dalam air. Bahan makanan yang berbentuk pelet juga mempunyai tahap keperisaan yang tinggi serta dapat mengurangkan pembaziran.
pelletpelet; until; penabur; tengkelKimiaTiadaTiada
pelletpelet; until; penabur; tengkelPerubatanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas