Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.du.ngan] | ڤليندوڠن

Definisi : ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.du.ngan] | ڤليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cathodic protectionpelindungan katodKimiaKimia AnalisisProses menghalang permukaan logam daripada terkakis apabila logam tersebut digunakan sebagai katod. Proses ini boleh dilakukan sama ada dengan merendamkan logam tersebut dalam larutan atau secara gandingan.
additional coverage (insurance)liputan tambahan; pelindungan tambahan (insurans)PelayaranTiadaPerlindungan tambahan kepada perlindungan asal, yang dikenakan juga bayaran premium tambahan.
premiumpremiuminsuransTiadaHarga pelindungan insurans untuk risiko tertentu bagi jangka waktu yang ditetapkan.
embezzlement insuranceinsurans penggelapaninsuransTiadaInsurans yang memberi pelindungan ke atas penggelapan wang atau harta yang telah diamanahkan kepada seseorang.
act policypolisi aktainsuransTiadaPolisi yang memberi pelindungan liabiliti akta.
blanket position bondbon kedudukan sarwainsuransTiadaBon yang memberi pelindungan kepada majikan akibat kerugian yang disebabkan ketidakjujuran pekerja. Amaun maksimum yang berbayar bagi penggelapan wang ialah amaun muka yang didarabkan dengan bilangan pekerja yang terlibat.
comprehensive personal liability insuranceinsurans liabiliti peribadi komprehensifinsuransTiadaInsurans yang memberi pelindungan kerugian disebabkan kecuaian kontraktor atau subkontraktor yang diupah oleh insured. Insurans ini juga dikenali sebagai insurans Kontraktor Bebas.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
New Car Assessment Programme (NCAP)Program Penilaian Kereta Baharu (PPKB)Kejuruteraan AutomotifTiadaProgram yang diadakan untuk membezakan sebuah kenderaan dengan kenderaan yang lain dari segi prestasi keselamatan, terutamanya pada dua aspek, iaitu pelindungan laga dan keselamatan aktif. Setiap kenderaan yang berjaya mencapai mata pemarkahan yang ditentukan oleh program PPKB, pengeluar kenderaan akan diberikan penghargaan dengan penilaian penarafan bintang PPKB antara peringkat 0-Bintang hingga 5-Bintang.

Kembali ke atas