Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat ketara menjelang hari pencalonan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal melobi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelobian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lobbyingpelobianKomunikasiKorporatSistem, proses, dan kaedah mempengaruhi pendapat individu atau kumpulan yang boleh memberikan kepentingan kepada pelobi. Pelobian merupakan sistem apabila organisasi menyediakan ruang dan prosedur pengurusan yang terancang bagi melaksanakan proses dan kaedah pelobian. Pelobian merupakan proses komunikasi pemujukan yang terancang dan berstruktur bagi memastikan sesuatu perubahan pendapat dan tindakan yang ingin dilaksanakan boleh dijayakan. Pelobian merupakan kaedah apabila setiap proses pelobian menggunakan pelbagai alat komunikasi pemujukan. Alat komunikasi ini boleh dalam bentuk komunikasi manusia dan komunikasi massa. Contohnya, komunikasi antara peribadi dan liputan berita akhbar, radio, atau televisyen. Matlamat pelobian biasanya dilakukan untuk mengubah sesuatu keputusan yang boleh memberikan manfaat kepada pelobi atau mempengaruhi pendapat khalayak umum supaya menyokong pendirian pelobi.
negative joinerpenghubung negatifKomunikasiKorporatAhli atau sekumpulan kecil ahli yang mempunyai pandangan dan ketetapan yang berbeza dengan ahli-ahli lain dalam sesebuah kumpulan. Kehadiran mereka boleh menghalang kelancaran proses membuat keputusan dan seterusnya boleh menggagalkan proses tersebut. Dalam hal ini, fungsi pengamal dalam perhubungan awam adalah untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan unsur-unsur tersebut bagi memastikan matlamat asal sesuatu perundingan dapat dipersetujui bersama. Kaedah yang sering digunakan adalah melalui pelobian, pemujukan antara peribadi, dan peranan media massa.
account managementpengurusan pelangganKomunikasiKorporatSistem mengurus aktiviti khidmat perundingan yang diberikan kepada pelanggan. Sistem pengurusan ini wujud dalam agensi perhubungan awam dan pengiklanan. Bahagian pengurusan pelanggan bertanggungjawab untuk mengendalikan akaun yang mengandungi senarai aktiviti perhubungan awam atau pengiklanan yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab membayar setiap perkhidmatan yang diperoleh berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam kontrak. Tempoh kontrak ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi, kontrak pada kebiasaannya akan diperbaharui. Contoh aktiviti khidmat perundingan yang dilakukan oleh agensi ialah pengurusan promosi dan publisiti, pengurusan jenama, pengurusan citra dan reputasi, pengurusan acara, dan pelobian. Strategi pengurusan pelanggan melibatkan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dan mampu meninggalkan kesan yang menyeluruh. Sinonim pengurusan akaun.

Kembali ke atas