Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crime opportunity theoryteori peluang jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri.
opportunity crimejenayah peluangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai. Jenayah ini dilakukan tanpa perancangan awal. Contohnya, ketiadaan orang lain di kawasan yang sunyi memberikan peluang kepada penyerang untuk merompak mangsa.
window of opportunityjendela peluangSains PolitikPolitik PerbandinganKesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting.
wild cardpeluang khasSukanTiadaPeluang untuk memasuki pertandingan sukan tanpa perlu mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan atau peringkat tertentu.
opportunity structurestruktur peluangKriminologiKeadilan JenayahFaktor luaran yang mengehadkan atau mengupayakan sesuatu kelompok dalam masyarakat untuk maju dari segi aspek sosial. Contohnya, kekurangan peluang untuk membiayai pendidikan tinggi menyebabkan kelompok masyarakat yang terlibat cenderung memilih jenayah sebagai cara untuk mencapai kejayaan material.
planned happenstancekebetulan terancangPsikologiTiadaSudut pandangan seseorang untuk mencipta peristiwa yang mempunyai peluang tersebut tetapi bertukar menjadi peluang sebenar.
opportunist criminalpenjenayah berpeluangKriminologiKeadilan JenayahPenjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta.
perishabilitylepas peluangPelanconganTiadaKeadaan apabila bilik atau tempat duduk tidak dapat dijual dan mengakibatkan pengusaha kehilangan pendapatan.
inclusivityketerangkumanUmumTiadaDasar keterbukaan peluang kepada semua orang tanpa berat sebelah.
exclusivityketakterangkumanUmumTiadaDasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar.
1234

Kembali ke atas