Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Macam-macam menunggang kuda,
     Menunggang kuda di rumpun buluh;
Sapu tangan pakaian muda,
     Pohon pemalit peluh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak air talang dipancung;
     peluh diurut,
hujan ditampung.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hoodiebaju hudFesyenTiadaSejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut.
diaphoreticdiaforetikHerbaFitoterapiBahan yang meningkatkan pengeluaran peluh dengan mengembangkan salur darah periferi.
sudorificsudorifikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang boleh menyebabkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim diaforetik.
antiperspirantantipeluhHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal pengeluaran peluh yang berlebihan di permukaan kulit badan terutamanya telapak tangan, kaki serta ketiak yang mengakibatkan ketakselesaan. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antipeluh.
biliary colickolik biliariKejururawatanTiadaSakit yang teruk, bermula pada abdomen atas di bahagian tengah atau kanan dan kesakitan itu merujuk kepada belakang dan bahu kanan disertai dengan muntah dan peluh. Kesakitan ini berlaku akibat penyekatan pundi hempedu atau duktus hempedu, biasanya oleh kalkulus hempedu.
protein requirementkeperluan proteinPerikananAkuakulturJumlah protein yang diperlukan oleh sesuatu ternakan pada setiap hari untuk menjalankan proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu yang rosak. Jumlah minimum yang diperlukan haruslah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Kebiasaannya, keperluan protein untuk ternakan muda lebih tinggi berbanding dengan ternakan dewasa. Sekiranya protein yang dibekalkan dalam makanan kurang daripada keperluan protein ikan, maka kadar tumbesaran yang optimum tidak dapat dicapai. Namun begitu, bekalan protein melebihi keperluan protein ikan peringkat tersebut akan menjadi pembaziran protein kerana tumbesaran berkadar terus dengan sumbangan protein dalam diet sehingga ke aras keperluan protein optimum sahaja. Selepas aras tersebut, penambahan kandungan protein tidak lagi dapat meningkatkan tumbesaran.

Kembali ke atas