vorticism | vortisisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan dalam seni kesusasteraan yang bermula abad 1912 oleh pelukis dan penulis Wyndham Lewis. Mengeluarkan majalah Blast: The Review of the Great English Vortex, yang dikeluarkan sekali atau dua kali dalam tahun 1914 - 1915. |
blueprinting | proses blueprint | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan. |
flexible curve | pembaris liut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat yang digunakan untuk melukis bagi menggantikan lengkung Perancis untuk membuat pelbagai bentuk lukisan, terutamanya yang berbentuk bulatan. Peralatan ini juga membolehkan pelukis pelan mengubah bentuk dari satu lukisan kepada satu lukisan yang lain. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
parallel edge | tepian selari | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang. |
impresionism | impresionisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf. |