Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pél.vis] | ڤيلۏيس

Definisi : (pélvis) (Bio) struktur berbentuk besen di bahagian bawah badan pd kebanyakan vertebrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pél.vis] | ڤيلۏيس

Definisi : /pélvis/ ist struktur yg terdiri drpd tulang, terdapat di bahagian bawah tulang belakang, dan tulang paha bersambung pdnya (terdapat pd kebanyakan haiwan vertebrat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelvis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pelvic girdlegirdel pelvisSains SukanBiomekanikStruktur yang melibatkan semua tulang di bahagian pinggul (ilium, iskium, tulang pubis) dan di hadapan simfisis pubis dan sakrum.
acute pyelonephritispielonefritis akutKejururawatanTiadaInflamasi akut pada pelvis dan tisu parenkima ginjal yang dicirikan oleh kesakitan pada loin dan disuria.
right iliac fossa (RIF)fosa iliak kanan (RIF)KejururawatanTiadaRuang di sebelah kanan dalam pelvis yang menempatkan apendiks.
ovaryovariPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSebahagian daripada organ pembiakan betina yang merupakan tempat penghasilan ovum serta tempat mensintesis hormon estrogen dan progesteron. Ovari terletak di rongga pelvis betina.
cartilaginous jointsendi rawanSains SukanBiomekanikSendi yang mempunyai tulang yang bercantum dengan rawan hialin, yang membolehkan pergerakan yang sedikit sahaja. Contohnya, sendi rawan yang terdapat pada tulang simfisis pubis di bahagian pelvis. Lihat juga rawan hialin.
Kegel exercisesenaman KegelKejururawatanTiadaSenaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran.

Kembali ke atas