velocity ratio | nisbah halaju | Mekanik | Gunaan | Nisbah laju pengikut terhadap laju pemacu dalam sesuatu sistem pemacuan. Angka berkenaan memberikan kadar penambahan atau pengurangan laju yang diperoleh melalui sistem pemacuan yang berkenaan. Istilah ini juga digunakan untuk pemacuan gear dan pemacuan tali sawat. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, kapi pemacu, kapi pengikut. |
open belt drive | pemacuan tali sawat terbuka | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat yang mempunyai bahagian bebas, (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) yang menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang sama nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi itu [Rajah P5]. Dalam pemacuan terbuka, kedua-dua kapi berkenaan berputar pada hala yang sama. Lihat juga pemacuan tali sawat silang. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P5 |
cross belt drive | pemacuan tali sawat silang | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat apabila bahagian bebas tali sawat (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) mulai menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang berlainan nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi berkenaan [Rajah P4]. Dalam pemacuan silang, kedua-dua kapi tersebut berputar pada hala yang berlawanan. Lihat juga pemacuan tali sawat terbuka. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P4 |
rope drive | pemacuan tali | Mekanik | Gunaan | Pemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali yang tersokong pada kapi pemacu dan kapi pengikut. Kaedah analisis pemacuan tali adalah sama seperti kaedah analisis untuk pemacuan tali sawat. Tali digunakan sebagai alternatif kepada tali sawat apabila aci pemacu dan aci pengikut dipisahkan oleh jarak yang jauh, atau apabila tenaga yang besar hendak dipindahkan. Tali memerlukan alur pada kapi untuk menambahkan cengkaman geseran dan mengurangkan kecenderungan untuk menggelincir. |
belt drive | pemacuan tali sawat | Mekanik | Gunaan | Pemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali sawat yang dililit di sekeliling kapi pemacu dan kapi pengikut. Pemacuan berlaku berasaskan geseran di antara tali sawat dengan kapi. |
driver pulley | kapi pemacu | Mekanik | Gunaan | Kapi yang digunakan dalam pemacuan tali sawat dan terpasng pada aci pemacu. Lihat juga pemacuan tali sawat. |
drive | pemacuan | Mekanik | Gunaan | Proses pemindahan gerakan sudut 9tenaga) dari anggota yang menerima masukkan ke anggota lain dengan menggunakan anggota penghubung seperti gear, tali dan sebagainya. |
driving field | medan pemacuan | Fizik | Tiada | Tiada |
effective driving tension | tegangan pemacuan berkesan | Mekanik | Gunaan | Hasil kurang bagi tegangan pada tali sawat (sama ada tegangan di bahagian ketat atau bahagian kendur) dengan tegangan empar tali sawat itu. Lihat juga tegangan empar. |
compound belting | penalisawatan majmuk | Mekanik | Gunaan | Sistem pemacuan tali sawat yang melibatkan penggunaan kapi-kapi pertengahan yang dipasangkan pada satu aci pertengahan. Nisbah halaju yang terhasil daripada sistem ini sama dengan nisbah hasil darab garis pusat kapi-kapi pemacu terhadap hasil darab garis pusat kapi-kapi pengikut. Sinonim pensabukan majmuk. Lihat juga kapi pemacu, kapi pengikut. |