lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
goalball | bola gol | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua (2) pasukan, masing-masing tiga (3) orang pemain yang cacat penglihatan. Pemain perlu menjaringkan gol dengan membaling atau menggolekkan bola loceng ke gawang pihak lawan. |
torball | bola gol | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua (2) pasukan, masing-masing tiga (3) orang pemain yang cacat penglihatan. Pemain perlu menjaringkan gol dengan membaling atau menggolekakkan bola melintasi tali berloceng ke gawang pihak lawan. |
starting lineup | barisan pemain utama | Sukan | Tiada | Senarai pemain utama yang akan bermain apabila perlawanan bermula. |
golfer's insurance | insurans pemain golf | insurans | Tiada | Insurans yang membayar ganti rugi kepada pemain golf ke atas kehilangan atau kerosakan peralatan golf, liabiliti pihak ketiga, kemalangan diri sendiri dan perbelanjaan untuk keraian kerana memperolehi "hole-in-one". |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
musical chair | kerusi beracun | Umum | Tiada | Sejenis permainan dalam sesebuah majlis atau parti yang memerlukan pemain berjalan mengelilingi kerusi dengan iringan muzik. Pemain yang gagal mendapatkan kerusi disingkirkan daripada permainan ini. |
open skill | kemahiran luar kawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak. |
fool | peran | Kesusasteraan | Tiada | Pelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya. |
natururale | naturale | Kesenian | Tiada | Arahan kepada pemain untuk berubah kepada daya normal setelah bermain dalam gaya yang lain contohnya falseto dan miut. |