Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : perihal makan; hal-hal mengenai makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nutritional labellingpelabelan pemakananMakanan dan PemakananMakananMaklumat pada pembungkus makanan yang memaparkan fakta pemakanan untuk produk makanan tersebut. Selain kandungan nutrien, maklumat seperti jumlah kalori dan saiz hidangan juga dipaparkan bagi membantu pengguna mengawal pemakanan. Pelabelan pemakanan membolehkan pengguna membuat pilihan antara produk yang sedia ada.
nutritionistpakar pemakananMakanan dan PemakananTeknologi MakananAhli pemakanan yang menggunakan sains pemakanan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pengawalan penyakit.
low birth weightberat lahir rendahMakanan dan PemakananPemakananKeadaan berat badan bayi yang kurang daripada 2.5 kg semasa lahir. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh kelahiran pramatang. Berat lahir rendah menunjukkan bahawa tahap kesihatan bayi dan status pemakanan ibu semasa mengandung adalah rendah.
allergyalahanMakanan dan PemakananPemakananLihat alergi.
albuminalbuminMakanan dan PemakananPemakananProtein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak, bilirubin dan kebanyakan ubat. Albumin disintesiskan oleh hati. Kebiasaannya, albumin banyak terdapat dalam sumber makanan seperti putih telur dan susu. Albumin juga terdapat dalam serum darah.
allergenalergenMakanan dan PemakananPemakananBahan protein atau bukan protein yang mampu merangsang alahan atau hipersensitiviti tertentu apabila tersentuh atau memasuki badan seseorang yang sensitif. Contohnya, protein dalam udang, telur, daging dan tepung. Lihat juga alergi.
allergyalergiMakanan dan PemakananPemakananTindak balas luar biasa yang selalunya disebabkan oleh sentuhan protein alergen dengan tisu badan yang sensitif. Alergi berpunca daripada pengambilan makanan seperti telur, susu, ikan dan gandum. Tanda-tanda alergi termasuk ruam, gatal-gatal dan asma. Sinonim alahan.
amenorrheaamenoreaMakanan dan PemakananPemakananKetiadaan haid bagi seorang remaja perempuan atau kitaran menstruasi tidak berlaku selama tiga kali atau lebih secara berturutan. Amenorea terjadi akibat tekanan atau perubahan paras hormon dalam badan.
anaemiaanemiaMakanan dan PemakananPemakananKeadaan yang berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah dalam darah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. Akibatnya, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah.
anencephalyanensefaliMakanan dan PemakananPemakananKeadaan yang menghalang perkembangan normal otak dan tulang tengkorak. Keadaan ini terjadi apabila struktur tiub saraf gagal untuk ditutup dalam tempoh beberapa minggu pertama perkembangan embrio dan seterusnya mengakibatkan kegagalan pembentukan otak.
12345678910...

Kembali ke atas