press announcement | pengumuman akhbar | Komunikasi | Tiada | Pemakluman mengenai sesuatu perkara yang dibuat melalui akhbar atau media massa. Biasanya, pengumuman akan dilakukan dalam sesuatu keadaan yang mendesak. |
deontic | deontik | Kesenian | Drama dan Teater | Nilai komunikasi hasil daripada pemakluman persembahan pentas seperti brosur, poster, komen dan berita akhbar. Istilah deontik diperkenalkan oleh Andre Helbo, dalam bukunya Theory of Performing Arts, 1987. Lihat jugaaletik. |
nursing care | penjagaan kejururawatan | Perubatan | Tiada | Khidmat penjagaan kejururawatan yang merangkumi pemerhatian, pengurusan, pelaksanaan, keprihatinan dan pemakluman kepada pesakit. |
media briefing | taklimat media | Komunikasi | Korporat | Sesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |