Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mam.pat] | ڤممڤت

Definisi : penekan, pengasak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mam.pat] | ڤممڤت

Definisi : alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mam.pat] | ڤممڤت

Definisi : alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemampat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clutch solenoidsolenoid cekamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSolenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi.
turbochargerpengecas turboKejuruteraan AutomotifEnjinGabungan pemampat dengan turbin udara jenis emparan yang dipacu oleh gas ekzos. Komponen pemampat dalam pengecas turbo ini memaksa suatu amaun udara tambahan atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam enjin dan dipacu oleh turbin yang dijalankan oleh aliran gas ekzos. Proses ini menambah- kan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini meninggikan kecekapan isi padu dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin.
compressorpemampatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKomponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara yang digunakan untuk memampatkan wap bahan pendingin supaya tekanan dan suhu meningkat.
air compressorpemampat udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor yang terdiri daripada tangki untuk menjana dan menyimpan udara bertekanan tinggi.
piston ring compressorpemampat gelang ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan gelang omboh masuk ke dalam pengalur gelang omboh supaya omboh dan gelang omboh boleh dipasang ke dalam silinder enjin.
superchargerpengecas lampauKejuruteraan AutomotifEnjinPemampat udara yang memaksa udara bertekanan masuk ke dalam silinder enjin yang dipacu oleh aci engkol. Proses ini menambahkan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini menambah kecekapan isi padu, mempercepat pengeluaran gas ekzos di dalam ruang pembakaran dan seterusnya meningkatkan kuasa keluaran enjin.
high pressure linetalian tekanan tinggiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSaluran dari alur keluar pemampat penyaman udara melalui pemeluwap hingga ke injap pengembangan termostatilk. Saluran ini mempunyai tekanan tinggi.
suction-throttling valveinjap pendikitan sedutanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terletak di antara penyejat dengan salur masuk pemampat dalam sistem penyaman udara, yang mengawal suhu aliran udara daripada penyejat, untuk menghalang cairan membeku pada penyejat.
magnetic clutchcekam magnetKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang beroperasi secara magnet, yang digunakan untuk mencekam dan melepaskan sesuatu alat, seperti pemampat penyaman udara atau pengecas lampau.
suction linetalian sedutanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTiub yang terdapat dalam sistem penyaman udara, yang menyambungkan alur keluar penyejat dengan alur masuk pemampat. Wap bahan pendingin bertekanan rendah mengalir melalui tiub tersebut.
12

Kembali ke atas