lossless compression | pemampatan tak hilang | - | Tiada | Tiada |
heat of compression | haba mampatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peningkatan suhu akibat pemampatan udara atau campuran udara-bahan api semasa lejang mampatan. |
densified bamboo | buluh tertumpat | Buluh | Tiada | Kepadatan buluh yang terhasil secara pemampatan, atau pemaduan dengan perekat atau tanpa perekat. |
compression ring | gelang mampatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur. |
nonsecret encoding scheme | skema pengekodan bukan rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Teknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah. |
pattern recognition | pengecaman corak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembelajaran mesin yang mengecam corak dan kelaziman dalam data. Kaedah ini biasanya diaplikasikan dalam analisis data statistik, pemprosesan isyarat, analisis imej, penjejakan maklumat bioinformatik, pemampatan data dan perkomputeran grafik. |