porous silicon phosphorescence | pendarfosfor silikon berliang | Fizik | Nanoteknologi | Pemancaran cahaya daripada bahan silikon berliang apabila diuja oleh sinaran elektromagnet, hentaman zarah atau kaedah lain selain pemanasan. Proses pemancaran ini berlaku sebagai kesan pengurungan kuantum ke atas elektron atau lohong dalam bahan silikon yang mempunyai liang halus bersaiz nanometer. Pendarfosfor silikon berliang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti diod pemancar cahaya. |
atomic emission spectrophotometry | spektrofotometri pemancaran atom | Herba | Tiada | Kaedah analisis komposisi bahan dan pengenalpastian unsur melalui panjang gelombang sinaran yang dipancarkan semasa atom atau molekul yang teruja oleh sumber tenaga luaran yang kembali kepada keadaan asas. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengukur kandungan natrium dan kalium dalam bahan mentah dan produk herba. |
electroluminescence | elektropendarcahaya | Fizik | Nanoteknologi | Pemancaran cahaya dari suatu bahan apabila dikenakan medan elektrik yang tinggi atau dilalukan arus elektrik tanpa melibatkan penjanaan haba. Fenomena ini ialah hasil gabungan semula elektron dan lohong dalam bahan, biasanya semikonduktor. Elektron yang teruja akan mengeluarkan tenaga sebagai foton. Sebelum penggabungan semula, elektron dan lohong terpisah, sama ada hasil daripada pendopan bahan bagi membentuk simpangan p-n (seperti dalam peranti LED) atau pengujaan menerusi hentaman elektron bertenaga tinggi yang dipecut oleh medan elektrik tinggi (seperti pada fosforus dalam paparan elektropendarcahaya). |
cathodoluminescence | katodpendarcahayaan | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena pemancaran cahaya, kesan hentaman alur elektron dalam tiub sinar katod ke atas bahan pendarcahaya seperti zink sulfida pada layar televisyen. Fenomena ini juga digunakan dalam mikroskopi elektron imbasan untuk mengkaji nanostruktur bahan. |
phosphorascence | pendarfosfor | Kimia | Kimia Analisis | Pemancaran sinaran elektromagnet oleh molekul apabila ia berpindah daripada keadaan pengujaan tripletnya ke keadaan asas. |
electroluminescence | elektropendarcahaya | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pemancaran cahaya oleh bahan tertentu apabila diletakkan di dalam medan elektrik. 2. Pendarcahaya yang terjana di dalam hablur oleh medan atau arus elektrik. Ia merupakan suatu perlakuan keadaan pepejal yang melibatkan semikonduktor jenis p dan n dan berlaku pada pelbagai sebatian berhablur seperti silikon karbida, zink sulfida dan galium arsenida. |
dynode | dinod | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod tambahan dalam tiub fotopengganda, yang mengalami pemancaran sekunder apabila dibedil oleh fotoelektron dan menyebabkan penguatan isyarat. |
activity | keaktifan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci). |
disintegrate | menyepai | Kimia | Kimia Analisis | Transformasi nukleus sama ada secara spontan atau aruhan sinaran yang diikuti oleh pemancaran zarah atau foton. Umumnya berlaku pada unsur radioaktif. |
slit width effect. | kesan kelebaran celahan | Kimia | Kimia Analisis | Kesan saiz celahan terhadap kualiti spektrum penyerapan atau pemancaran. |