trucker's liability insurance | insurans liabiliti pemandu trak | insurans | Tiada | Perlindungan berkontrak yang memberi indemniti kepada pemandu atau pemilik trak yang digunakan bagi mengangkut barangan orang lain. Polisi ini melindungi liabiliti yang mungkin ditimbulkan oleh pemandu trak kerana kerosakan atau kerugian yang telah terjadi ke atas barangan yang diangkut. |
guide licence | lesen pemandu | Pelancongan | Tiada | Dokumen rasmi yang dikeluarkan dan diiktiraf oleh pihak berkuasa kepada seseorang pemandu pelancong. |
unmanned aerial vehicle (UAV) | pesawat tanpa pemandu | Kejuruteraan | Tiada | Sejenis kenderaan udara yang beroperasi tanpa pemandu yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengawasan oleh pihak tentera, polis serta kegunaan domestik lain. |
road rage | baran jalanan | Undang-undang | Tiada | Rasa marah pemandu kenderaan yang disebabkan oleh tindakan pemandu lain. |
engine performance | prestasi enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin. |
coil guide | pemandu gegelung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang memandu gegelung semasa pemotongan. |
valve guide | pemandu injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian berbentuk silinder yang diletakkan di dalam blok atau kepala silinder untuk memandu gerakan batang injap. |
cable guide | pemandu kabel | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang mengawal kabel pada tiub atas atau di dalam tiub tersebut. |
safe drive plan | pelan pemandu cermat | insurans | Tiada | Sistem yang menyelaraskan kadar standard sama ada meningkat atau mengurangkan kadar tersebut bergantung kepada rekod memandu insured. |
undereinsured motorist coverage | perlindungan pemandu insurans terkurang | insurans | Tiada | Perlindungan dalam polisi insurans motor yang insurer akan membayar ganti rugi sehingga had tertentu bagi kecederaan anggota badan jika had liabiliti di bawah polisi pengguna kenderaan tersebut telah digunakan sepenuhnya dan ia mampu untuk membayar keseluruhan amaun. |