guiding | pemanduan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti yang dilakukan oleh pemandu pelancong berlesen untuk mengiringi pelancong semasa lawatan, seperti pemberian taklimat mengenai sesuatu tempat tarikan pelancong. |
fibre optic | gentian optik | Fizik | Nanoteknologi | Gentian pemanduan cahaya berasaskan pantulan dalam penuh yang terdiri daripada silinder halus kaca atau plastik bersalut bahan berindeks biasan lebih tinggi. Gentian ini digunakan dalam sistem komunikasi, pencahayaan, penderiaan, dan pengimejan optik. |
hypermiling | penjimatan bahan api | Pengangkutan | Tiada | Cara untuk memaksimumkan penjimatan bahan api sebuah kenderaan bermotor, terutamanya melalui teknik pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. |
suspension system | sistem ampaian | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdiri daripada pegas dan penyejat kejutan, yang menyokong bahagian atas roda dan gandar kenderaan untuk keselesaan pemanduan. |
dynamometer | dinamometer | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang digunakan untuk mengukur kuasa yang sedia an ada daripada enjin untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis dinamometer, iaitu dinamometer enjin yang mengukur kuasa yang dihasilkan pada roda tenaga, manakala dinamometer casis mengukur kuasa pada roda pemacu. Peranti ini digunakan untuk memantau keadaan pemanduan sebenar, mengukur pancaran ekzos dan untuk tujuan diagnosis. |