primary victimization | pemangsaan primer | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pemangsaan jenayah yang berlaku kepada mangsa utama. Contohnya mangsa rompakan. Banding pemangsaan kali kedua. |
positivist victimology theory | teori viktimologi positivis | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori tentang pemangsaan jenayah yang menerangkan tentang faktor individu atau persekitaran yang menyebabkan pemangsaan berlaku termasuklah mengenal pasti kriteria mangsa yang menyumbang kepada pemangsaan jenayah. |
secondary victimization | pemangsaan kali kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pemangsaan yang berlaku kepada mangsa utama apabila mangsa berhadapan dengan proses keadilan jenayah. Contohnya, mangsa rogol yang menghadapi tekanan psikologi akibat daripada tindakan pihak polis ke atas laporannya. |
feminist victimology | viktimologi feminis | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perspektif pemangsaan yang menjelaskan tentang hubungan antara wanita dengan pemangsaan, khususnya dari aspek gender. Contohnya, faktor kelemahan fizikal wanita menyebabkan golongan tersebut menjadi sasaran mudah penjenayah. |
student victimization | pemangsaan pelajar | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang pelajar menjadi mangsa sesuatu jenayah. Contohnya, gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. |
secondary victimization | pemangsaan sekunder | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sikap atau amalan seseorang atau organisasi yang menyalahkan mangsa jenayah sehingga mengakibatkan trauma tambahan. Contohnya, mangsa rogol yang disalahkan oleh masyarakat kerana berpakaian mencolok mata sebagai punca rogol. |
workplace victimization | pemangsaan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar. |
vicarious victimization | pemangsaan tempias | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa yang turut dirasai oleh orang terdekat mangsa seperti keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Contohnya, pembunuhan kejam seorang penduduk di sesebuah taman menyebabkan penduduk di taman tersebut menjadi trauma. |
cannibalism | kanibalisme | Perikanan | Akuakultur | Pemangsaan yang berlaku antara spesies dan individu dalam kumpulan spesies yang sama. (MAKAN, TERNAK) |
active precipitation | dorongan aktif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori pemangsaan jenayah yang menyatakan bahawa sesuatu jenayah berlaku terhadap mangsa disebabkan oleh tindakan yang dimulakan oleh mangsa itu sendiri. Contohnya, tindakan mangsa memprovokasi penyerang dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mangsa tersebut dibunuh. |