Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.ja.ngan] | ڤمنجڠن

Definisi : perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manufacturing line extensionpemanjangan saluran pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranPenambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
prolongationkepanjanganSains KesihatanTiadaPemanjangan bunyi oleh individu yang gagap, seperti j... enis dan k ... ayu.
eccentriceksentrikSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan pemanjangan otot secara aktif semasa penguncupan.
eccentric contractionpenguncupan eksentrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang menyebabkan pemanjangan saiz otot. Contohnya, pergerakan semasa menurunkan dumbel.
disfluencyketakfasihanSains KesihatanTiadaPertuturan yang tidak lancar yang dicirikan oleh pemanjangan dan pengulangan bunyi atau pertuturan yang tersekat-sekat.
epiphyseal cartilagerawan epifisilSains SukanBiomekanikRawan yang memisahkan diafisis dengan epifisis pada tulang panjang. Rawan ini berfungsi dalam pemanjangan tulang sebelum berlakunya proses pembentukan tisu tulang, terutama selepas individu mencapai akil baligh. Lihat juga diafisis, epifisis.
coregulatorpengawal atur bersamaBioinformatikBioinformatik MolekulProtein di dalam sel yang dapat mempengaruhi pelbagai proses yang berkaitan dengan pengekspresan gen seperti permulaan transkripsi, pemanjangan RNA dan terjemahan mRNA kepada polipeptida.

Kembali ke atas