Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.tul] | ڤمنتول

Definisi : permukaan (objek) yg meman­tulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemantul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scatteringserakanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTenaga bunyi yang diserakkan secara pembalikan dan pembiasan oleh pemantul-pemantul seperti ketakselanjaran, sempadan medium dan lain-lain. Tenaga hilang melalui sebaran gelombang muka.
reflectorpemantulTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedia yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga.
PAR lamplampu PARKesenianHiasan DalamanLampu pemantul parabolik aluminium yang dapat mengawal pencerahan dengan baik. Lampu ini sesuai digunakan tanpa perlu dilindungi kerana diperbuat daripada kaca yang kukuh dan tahan cuaca yang buruk.
resolutionresolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeupayaan sistem ultrasonik untuk membezakan kedudukan pemantul daripada ketakselanjaran atau ketebalan bahan yang berada rapat dan dekat dengan permukaan ujian. Resolusi kebiasaannya meningkat dengan peningkatan frekuensi prob. Rajah berikut menunjukkan dua isyarat ultrasonik dengan dua resolusi berbeza. Isyarat di sebelah atas ialah isyarat yang tidak terlerai dengan baik berbanding yang bawah.
sealed-beam headlightlampu utama terkedapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLampu utama yang mengandungi filamen, pemantul, dan kanta yang dikedap dalam satu unit.
distance amplitude blockblok amplitud jarakTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat sama, tetapi berbeza kedalaman. Blok ini digunakan untuk membina lengkung pembetulan jarak amplitud (DAC).
area amplitude blockblok amplitud luasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat berbeza, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Blok ini digunakan untuk menentukan hubungan antara saiz ketakselanjaran dan amplitud isyarat dengan membandingkan respons isyarat bagi saiz lubang yang berbeza. Blok ini mengandungi lubang gerudi bertapak rata dengan diameter yang berbeza-beza, tetapi pada kedalaman yang sama.
cylindrical reflected pilesusunan pantulan silinderSains NuklearKejuruteraan ReaktorReka bentuk teras reaktor nuklear yang menggunakan elemen bahan api berbentuk silinder yang dikelilingi oleh pemantul berbentuk silinder bagi mengekalkan tindak balas rantai nuklear.
resolution reference blockblok rujukan resolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis blok logam (keluli, aluminium dan aloi) yang menunjukkan keupayaan prob untuk membeza dan memisahkan pemantul pada kedalaman yang berdekatan. Contohnya, blok V1 yang dipiawaikan oleh International Institute of Welding (IIW) dan IOW yang dipiawaikan oleh Institute of Welding. Lihat juga blok tentukuran jenis IIW.
reference blockblok rujukanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis blok yang digunakan untuk menentukurkan peralatan ultrasonik. Blok rujukan juga dikenali dengan blok tentukuran. Terdapat dua jenis tentukuran dalam pemeriksaan ultrasonik terhadap bahan, iaitu tentukuran masa dasar dan tentukuran amplitud. Tentukuran masa dasar dilakukan bagi menentukan kedudukan pemantul, manakala tentukuran amplitud dilakukan bagi menganggar saiz pemantul.
12

Kembali ke atas