Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mar.ka.han] | ڤمرکهن

Definisi : perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mar.ka.han] | ڤمرکهن

Definisi : perbuatan atau cara memarkahi sesuatu: Sistem ~ yg adil telah dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemarkahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autogradingautogredTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu perisian pentaksiran dan pemarkahan hasil tugasan atau jawapan ujian secara automatik yang grednya diperoleh serta-merta. Sistem autogred banyak digunakan dalam peperiksaan pensijilan seperti Microsoft, Google, Sains Aktuari dan ujian komputer lesen memandu.
gamificationgamifikasiTeknologi Maklumate-PembelajaranPenerapan unsur permainan ke dalam kaedah pembelajaran seperti peraturan, pemarkahan, persaingan, cabaran dan keseronokan bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
New Car Assessment Programme (NCAP)Program Penilaian Kereta Baharu (PPKB)Kejuruteraan AutomotifTiadaProgram yang diadakan untuk membezakan sebuah kenderaan dengan kenderaan yang lain dari segi prestasi keselamatan, terutamanya pada dua aspek, iaitu pelindungan laga dan keselamatan aktif. Setiap kenderaan yang berjaya mencapai mata pemarkahan yang ditentukan oleh program PPKB, pengeluar kenderaan akan diberikan penghargaan dengan penilaian penarafan bintang PPKB antara peringkat 0-Bintang hingga 5-Bintang.

Kembali ke atas