Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.su.kan]/[pe.ma.su/.kan] | ڤماسوقن

Definisi : perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.su.kan]/[pe.ma.su/.kan] | ڤماسوقن

Definisi : perihal (perbuatan) memasuki atau memasukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemasukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
innoculationinokulasiPerikananAkuakulturPemasukan eksplan atau benih permulaan tumbuhan ke dalam medium pertumbuhan untuk pembiakan. Eksplan tumbuhan akuatik yang sering digunakan ialah pucuk, biji benih dan batang pokok muda.
urinary catheterizationpengkateteran urinariKejururawatanTiadaPemasukan kateter ke dalam pundi kencing untuk menyalir keluar air kencing.
cardiac catheterizationpengkateteran jantungKejururawatanTiadaPemasukan kateter kardiak ke dalam ruang jantung untuk memberi maklumat atau gambaran tentang status hemodinamik.
rechargingpengecasan semulaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaProses pengecasan semula bateri yang melibatkan pemasukan arus elektrik ke dalam bateri dalam arah yang bertentangan dengan arus yang mengalir daripada bateri apabila berlaku proses nyahcas.
computerized physician order entry (CPOE)kemasukan arahan pakar perubatan berkomputer (CPOE)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang membenarkan pemasukan arahan perubatan oleh pakar perubatan secara elektronik. Sistem ini digunakan seiring dengan sistem e-preskripsi yang akan menyampaikan maklumat kepada pakar perubatan mengenai alahan ubatan pesakit tertentu dan perubatan terkini. Kebanyakan produk rekod kesihatan elektronik (EHR) dilengkapi dengan modul CPOE ini yang membolehkan pakar perubatan mencapai data pesakit dan memberikan ulasan dalam menu yang disediakan.
mutation analysisanalisis mutasiBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah mengenal pasti perubahan atau variasi pada jujukan nukleotida seperti penyingkiran, pemasukan, dan penggantian bes. Faktor penyebab dan kesan kepada perubahan menjadi fokus kepada analisis mutasi ini.
point mutationmutasi titikBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain sama ada melalui proses pemasukan atau penyingkiran daripada jujukan DNA atau RNA. Mutasi titik yang berlaku pada kawasan pengekodan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mutasi tanpa gejala, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. Lihat juga mutasi senyap, mutasi lain erti dan mutasi terhenti.
structural variantvarian strukturBioinformatikBioinformatik MolekulStruktur kromosom yang terhasil daripada perubahan besar pada kromosom (sekurang-kurangnya 50 bp) akibat proses mutasi seperti penyingkiran, pemasukan, penduaan, penyongsangan dan translokasi.
crystal growthpertumbuhan hablurFizikNanoteknologiProses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran.

Kembali ke atas