over reading | tafsiran berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Taksiran keterlaluan daripada pembaca melalui proses pembacaan. Pembacaan yang berlebih-lebihan khususnya dalam teks sastera mendorong pembaca atau pentafsir mencari makna yang tidak hadir dalam teks tersebut, atu berasaskan fantasinya semata-mata. Menurut pengkritik William Empson, unsur ketaksaan dalam teks yang dikaji secara keterlaluan boleh menjurus kepada tafsiran yang berlebih-lebihan ini. |
declamation | deklamasi | Kesusasteraan | Puisi | Pembacaan puisi lazimnya disertai dengan lagu dan gaya di hadapan khalayak dalam dewan, balai atau di dalam sesebuah kelas. |
bradylexia | bradileksia | Perubatan | Psikiatri | Keadaan pembacaan yang luar biasa perlahan. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
declamation | deklamasi | Kesusasteraan | Tiada | Seni pembacaan puisi yang boleh disertai dengan lagu, muzik, dan gaya bahasa tubuh. |
explication de texte | pemerian teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya. |
dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
plaisire de text | plaisire de text | Kesusasteraan | Tiada | Keseronokan yang diperoleh melalui pembacaan terus dan mudah. Menurut Roland Barthes, teks cabar baca memberikan dua jenis keseronokan, iaitu plaisire dan jouissance. Jouissance dianalogikan dengan keseronokan seksual melalui bacaan yang mencabar serta melibatkan penghayatan karya yang tinggi dan sepenuhnya. Keseronokan jouissance juga boleh mengganggu pembaca akibat percanggahan budaya dan nilai antara teks dengan pembaca. Keseronokan plaisire kerana teks mudah dibaca, senang difahami dan kurang mencabar. Lihat juga cabar baca, mesra baca. |
narrative hook | pemikat naratif | Kesusasteraan | Tiada | Kedah penulisan pada bahagian pengenalan atau permulaan sesebuah karya yang dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pengenalan cerita yang menarik akan memberi kesan yang baik kepada pembaca, menimbulkan tanda tanya atau suspens yang mampu menggerakkan minda atau emosi pembaca untuk terus mengikuti isi cerita. Antara bentuk pemikat naratif yang biasa ialah pengarang memulakan cerita dengan peristiwa yang mengejutkan, pembunuhan, kemalangan yang mengerikan atau melalui kenyataan yang paradoks dan luar biasa sifatnya. Lihat juga paradoks. |