Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.gi] | ڤمبهاݢي

Definisi : 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ha.gi] | ڤمبهاݢي

Definisi : angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembahagi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bisectorpembahagi dua samaPerubatanTiada1. Pembahagi sesuatu kepada dua bahagian sama.
median barriersawar pembahagiKejuruteraan AutomotifTiadaBinaan yang diletakkan di pembahagi jalan untuk menghalang kenderaan daripada terbabas ke jalan, yang aliran trafiknya bertentangan.
climatic dividepembahagi iklimSainsHidrometeorologiSempadan antara kawasan yang mempunyai jenis iklim yang berbeza. Pembahagi yang sangat berkesan ialah legih banjaran gunung. Jika banjaran menganjur ke utara dan selatan berdekatan pantai suatu benua seperti di bahagian barat Amerika Utara, legih ini memisahkan kawasan yang iklimnya nisbi basah dengan yang kering. Jika banjaran itu seperti Alps yang menganjur ke timur dan barat, legih membentuk suatu sempadan antara kawasan nisbi panas dengan yang sejuk. Banjaran yang pugak terhadap angin lazim sangat berkesan.
voltage dividerpembahagi voltanTeknikElektrikSuatu susunan komponen/peranti yang boleh membahagikan voltan bekalan bagi mendapatkan sesuatu nilai voltan yang dikehendaki. Misalnya, perintang boleh laras boleh dijadikan pembahagi voltan jika dipasang selari dengan bekalan.
division by zerobahagi dengan sifarTeknologi MaklumatPerisianPembahagian yang dilakukan dengan pembahagi sifar. Dalam pengaturcaraan, pembahagian yang melibatkan nilai integer dengan pembahagi sifar akan menyebabkan atur cara itu dihentikan dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, pembahagian yang melibatkan nombor terapung akan menghasilkan nilai yang tidak memberi makna atau bukan merupakan nombor. Dalam piawaian nilai terapung IEEE yang digunakan oleh kebanyakan pemproses terkini menyatakan bahawa setiap operasi aritmetik titik terapung termasuk pembahagian dengan sifar mempunyai nilai yang tertentu. Dalam piawaian aritmetik IEEE 754, x/0 adalah infiniti positif (+∞) apabila x adalah positif, infiniti negatif (-∞) apabila x adalah negatif dan bukan satu nombor jika x adalah sifar. Pembahagian integer dengan sifar pula dikendalikan agak berlainan berbanding angka terapung kerana tiada perwakilan integer bagi mewakilkan hasil operasi ini. Terdapat pemproses yang akan menjanakan sampukan jika terdapat usaha untuk melaksanakan operasi ini, manakala pemproses yang lain akan menghasilkan keputusan yang salah. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, operasi seperti ini akan menyebabkan atur cara tersebut berhenti serta-merta atau menghasilkan ralat ‘divide by zero’.
excentrepusat luarMatematikTiadaPusat bagi bulatan luar. Pusat luar bagi sesuatu segi tiga ialah persilangan pembahagi dua sama bagi dua sudut peluaran dan juga terletak pada pembahagi dua sama sudut yang ketiga.
bisectorpembahagi dua samaFizikTiadaTiada
bisectorpembahagi dua samaMatematikTiada2. Garis yang membahagikan sudut, garis, kawasan dan sebagainya kepada dua bahagian yang sama.
divisorpembahagiMatematikTiadaTiada
divisorpembahagiKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas