power stroke | lejang kuasa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pergerakan lejang dari takat terakhir atas ke takat terakhir wybawah semasa dan selepas pembakaran. Pembakaran ini mem- bebaskan tenaga dan mewujudkan tekanan tinggi yang mampu menolak omboh. |
constant pressure combustion | pembakaran tekanan malar | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembakaran yang biasanya berlaku dalam enjin turbin gas pada tekanan malar. Pembakaran tersebut boleh berlaku dalam kitaran enjin diesel semasa lejang kuasa pada enjin pembakaran dalam. Omboh ditolak oleh tekanan yang dihasilkan semasa pembakaran, menyebabkan isi padu bertambah tetapi tekanan masih malar. Tekanan akan menurun apabila pembakaran mula berhenti. |
rapid combustion phase | fasa pembakaran cepat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan pembakaran yang mempunyai oksigen yang mencukupi untuk tindak balas pembakaran. Keadaan ini menyebabkan muka api dapat merambat dengan pantas. |
wedge combustion chamber | kebuk pembakaran baji | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang pembakaran di antara mahkota omboh dengan kepala silinder berbentuk baji apabila dipandang dari tepi. Bentuk ini dapat menghasilkan pembakaran yang cekap. Bentuk ini juga sangat popular kerana blok silinder dan kepala silinder boleh dihasilkan melalui proses penuangan yang sesuai untuk pengeluaran massa. |
black smoke | asap hitam | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gas ekzos berwarna hitam yang disebabkan pembakaran tidak lengkap akibat pembakaran kandungan bahan api yang berlebihan dalam campuran udara-bahan api. Keadaan ini biasanya berlaku pada enjin diesel. |
constant volume combustion | pembakaran isi padu malar | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembakaran yang berlaku pada isi padu malar. Proses ini berlaku dalam enjin petrol dan diesel ketika omboh berada di kedudukan takat terakhir atas. Pada ketika ini omboh berada dalam fasa pertukaran antara lejang mampatan dengan lejang kuasa dan isi padu kebuk pembakaran adalah malar ketika proses pembakaran berlaku. |
exhaust gas | gas ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gas yang terhasil daripada proses pembakaran di dalam kebuk pembakaran. |
hemispherical combustion chamber | kebuk pembakaran hemisfera | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang pembakaran berbentuk hemisfera atau separuh sfera di bahagian atasnya. Bentuk ini menyediakan ruang yang mencukupi untuk penggunaan injap bersaiz besar atau untuk konfigurasi banyak injap. Konfigurasi ini menghasilkan proses pembakaran yang lebih baik dan sempurna. |
wedge combustion chamber | kebuk pembakaran baji | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kebuk pembakaran berbentuk baji yang dipasang pada kepala silinder. |
hemispherical combustion chamber | kebuk pembakaran hemisfera | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian atas kebuk pembakaran berbentuk hemisfera dan terletak di dalam kepala silinder. |