Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ban.cu.han] | ڤمبنچوهن

Definisi : perbuatan membancuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ban.cu.han] | ڤمبنچوهن

Definisi : perbuatan atau hal membancuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembancuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reconstitutionpembancuhan semulaFarmasiTiadaTiada
reconstitutionpembancuhanKejuruteraanTiadaTiada
batch mixingpembancuhan kelompokKejuruteraanTiadaPenyediaan campuran konkrit yang kuantiti bahan campurannya telah ditentukan sebelum diadun ke dalam mesin pencampur.
batch mixingpembancuhan kelompokKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah penyediaan campuran konkrit, yang kuantiti atau berat bahan-bahan campurannya telah ditentukan sebelum dibancuh ke dalam mesin pencampur.
mud mixingpembancuhan lumpurKejuruteraanPetroleumProses menyediakan bendalir penggerudian dengan cara mencampurkan air atau bendalir lain dengan satu atau lebih bahan pembuat lumpur. Antara bahan pembuat lumpur yang lazim digunakan termasuklah lempung, bahan pemberat, bahan kimia dan lain-lain.
reconstitutionkonstitusi semulaSains KesihatanTiadaPembancuhan semula ubat dengan pembawa yang sesuai.
hoppercorong tuangKejuruteraanPetroleumSinonim : corong lumpur Corong besar yang digunakan buburan simen, pembancuhan lumpur dan penambahan bahan pepejal ke dalam lumpur atau simen. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan dan melalukan bahan-bahan ini akan bercampur dengan cecair yang disuntikan melalui sambungan pada bahagian bawah corong.
hypervitaminosishipervitaminosisVeterinarTiadaKeadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan.
pumping timetempoh pengepamanKejuruteraanPetroleumHampir sama maknanya dengan masa penyimenan, tetapi buburan simen yang akan dipamkan telah siap dibancuh terlebih dahulu. Ini bermakna masa pengepaman adalah masa penyimenan seluruhnya ditolak masa pembancuhan.

Kembali ke atas