Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bang.kang] | ڤمبڠکڠ

Definisi : 1. orang yg membantah (melawan, menentang): parti-parti ~ mencela tindakan kerajaan; 2. ark orang yg merintangi kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bang.kang] | ڤمبڠکڠ

Definisi : orang yg membangkang; pembantah: Akhir-akhir ini, beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangkang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loyal oppositionpembangkang setiaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia.
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
opposition partyparti pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia.
shadow cabinetkabinet bayanganSains PolitikPolitik PerbandinganKabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut.
one-party systemsistem satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler.
police statenegara polisSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran.
patrimonial regimerejim patrimonialSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berasaskan keturunan yang diturunkan melalui warisan. Waris ini wujud berasaskan sama ada kepada sesuatu kaum, darah keturunan atau puak. Sistem pemerintahan ini tidak demokratik dan tidak ada kebebasan, pembangkang, pendesak dan media yang bebas. Dengan itu, ia tidak melaksanakan pilihan raya, muafakat atau perbincangan dalam pemerintahan. Tidak banyak negara yang mengamalkan pemerintahan ini kecuali beberapa negara Arab dan Afrika.
polyarchypoliarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk demokrasi yang lebih realistik mengikut pandangan sarjana sains politik Robert Dahl. Menurut beliau, demokrasi yang sebenar merupakan satu bentuk politik yang ideal dengan penglibatan yang tinggi, keadilan dan kebebasan yang terbaik dan peranan pembangkang yang sempurna. Kajian ini dibukukan oleh Robert Dahl dalam tulisannya yang bertajuk Polyarchy: Participation and Opposition. Dalam alam nyata ini, keadaan sempurna tidak wujud sebaliknya yang wujud hanyalah kadar penglibatan yang sederhana, kadar keluar mengundi yang tidak mencapai l00 peratus dan kebebasan yang terhad. Dalam sistem ini, golongan pendesak memainkan peranan mempengaruhi dan menafikan pengawalan kerajaan dan golongan elit.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
non-partisan supportsokongan tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak.
123

Kembali ke atas