Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bau.ran] | ڤمباءورن

Definisi : pencampuran, pengadukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bau.ran] | ڤمباءورن

Definisi : hal atau proses membaurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembauran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffusion coefficentpekali pembauranKimiaKimia Analisis1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan.
diffusion currentarus pembauranKimiaKimia AnalisisArus mengehad yang terhasil akibat daripada penghijrahan ion dalam larutan, apabila diberikan suatu beza keupayaan di antara elektrod-elektrodnya. Nilai arus ini ditentukan oleh kadar pembauran ion ke dalam lapisan sekeliling elektrod. Kadar pembauran berkadar terus dengan kepekatan ion itu. bd. polarografi.
liquid junction potentialkeupayaan simpangan cecairKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat.
diffusionpembauran difusiKesenianTiadaProses mengadun, menyapu dan memadankan gambar atau hal dalam lukisan cat.
linear diffusionpembauran linearKimiaKimia AnalisisPengangkutan molekul atau ion ke suatu arah dan pada masa tertentu.
microdiffusion analysisanalisis pemikrobauranKimiaKimia AnalisisKaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen.
diffusion coatingsalutan baurKejuruteraanTiadaSalutan yang terhasil pada suhu tinggi dengan cara pembauran di antara bahan salut atau komposit dengan logam induk.
heavelambungSains MarinTiada1. Turun naik ombak atau laut secara menegak. 2. Pergerakan pembauran kapal atau bot mengikut paksi menegak. 3. Pergerakan bersih bagi jisim terapung yang terhasil daripada tindakan ombak.
junction potentialkeupayaan simpanganKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terbentuk di bahagian antara muka dua larutan elektrolit berlainan komposisi disebabkan oleh perbezaan dalam kadar pembauran ion-ion di antara larutan.
photobleachingfotolunturFizikNanoteknologiPemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul.

Kembali ke atas