low dead-volume syringe | picagari sifar larutan | Perubatan | Tiada | Sejenis picagari sifar pembaziran apabila jarum suntikan yang mempunyai saiz hab (penghubung antara picagari dan jarum) minimum dapat mengeluarkan kesemua larutan vaksin daripada picagari dan masuk ke dalam badan manusia sepenuhnya. Picagari ini dapat memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan daripada sebotol vial (bebuli) vaksin sekali gus dapat mengelakkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa berikutan tiada jumlah larutan yang akan tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan. |
brain waste | pembaziran cendekiawan | Umum | Tiada | Keadaan seseorang yang kerjayanya tidak sepadan dengan kemahiran profesional dan kelayakan pendidikan tinggi yang dimilikinya. |
sanitary landfill | tanah isian sanitari | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tapak pelupusan sampah terutamanya di kawasan perbandaran yang direka bentuk dengan ciri khas untuk mencegah pembaziran dan bahaya terhadap alam sekitar. Sampah di tapak pelupusan akan terdegradasi secara biologi, kimia dan fizikal. Tapak pelupusan yang dipenuhi sampah akan dikambus dengan tanah yang sesuai dan kawasan tersebut boleh digunakan dengan selamat bagi aktiviti tertentu. |
energy efficient | cekap tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang, tetapi menghasilkan keputusan atau output yang lebih baik dan meminimumkan pembaziran tenaga. |
Dutchman | penyambung permaidani Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Penyambungan permaidani tambahan kepada permaidani utama. Kerja penyambungan ini dianggap sebagai suatu kecacatan. Oleh itu, perancangan awal yang teliti boleh mengurangkan berlakunya penyambungan tersebut, sekali gus mengelakkan pembaziran dan ketidakseragaman. |
crumble | peroian | Veterinar | Tiada | Makanan yang dijadikan dalam bentuk peroi dan tidak berdebu. Makanan dalam bentuk tepung atau debu diasak supaya menjadi untilan kecil dan dipecah-pecahkan bagi memudahkan ternakan seperti anak ayam memakannya tanpa pembaziran. |
scavenging efficiency | kecekapan pembilasan sisa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kadar sapuan gas ekzos dari ruang pembakaran oleh campuran udara-bahan api. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan bermula dan lejang ekzos hampir berakhir pada enjin dua lejang. Kecekapan tinggi menghasilkan pembakaran lebih sempurna tetapi pembaziran bahan api berlaku kerana sebahagian campuran udara-bahan api terlepas keluar bersama ekzos. |
protein requirement | keperluan protein | Perikanan | Akuakultur | Jumlah protein yang diperlukan oleh sesuatu ternakan pada setiap hari untuk menjalankan proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu yang rosak. Jumlah minimum yang diperlukan haruslah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Kebiasaannya, keperluan protein untuk ternakan muda lebih tinggi berbanding dengan ternakan dewasa. Sekiranya protein yang dibekalkan dalam makanan kurang daripada keperluan protein ikan, maka kadar tumbesaran yang optimum tidak dapat dicapai. Namun begitu, bekalan protein melebihi keperluan protein ikan peringkat tersebut akan menjadi pembaziran protein kerana tumbesaran berkadar terus dengan sumbangan protein dalam diet sehingga ke aras keperluan protein optimum sahaja. Selepas aras tersebut, penambahan kandungan protein tidak lagi dapat meningkatkan tumbesaran. |