releasing hormone | hormon pembebasan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang berfungsi untuk mengawal pembebasan hormon lain sama ada secara merangsang atau merencatkan pembebasannya. Contohnya, hormon pembebasan gonadotropin (GnRH) yang bertanggungjawab terhadap penghasilan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) dari pituitari anterior. |
national liberation | pembebasan nasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat pembebasan kebangsaan. |
national liberation | pembebasan kebangsaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan nasionalisme yang berjuang untuk membebaskan wilayah dan negara daripada penjajah atau perjuangan kelompok kaum tertentu daripada penguasaan sesebuah pemerintahan. Gerakan ini boleh berbentuk sulit atau secara terang-terangan, bergerak dalam bentuk aman dengan menggunakan cara sah atau melalui keganasan dan kekerasan. Contohnya, Gerakan Quebec di Kanada bergerak secara sah dan aman manakala Gerakan Acheh pula bergerak secara kekerasan. Sinonim pembebasan nasional. |
decarceration | pembebasan tahanan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara. |
decarceration | pembebasan tahanan | Undang-undang | Tiada | Proses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara. |
ovulation | ovulasi/pengovulan | Kejururawatan | Tiada | Proses pembebasan ovum dari folikel Graaf di ovari. Biasanya berlaku kepada wanita dewasa dalam tempoh lebih kurang 28 hari. |
electron emission | pancaran elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Pembebasan elektron dari sampel. |
haemolysis | hemolisis | Kejururawatan | Tiada | Pemusnahan sel darah merah dan pembebasan hemoglobin oleh hemolisin. |
gas emission | pelepasan gas | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembebasan gas ke atmosfera bumi daripada pelbagai sumber seperti industri, kenderaan, tapak pelupusan sampah dan kawasan penternakan haiwan. |
reactor confinement | pengekang reaktor | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pencegahan atau pengawalan pembebasan bahan radioaktif ke persekitaran semasa kendalian reaktor atau keadaan kemalangan. |