semen freezing | pembekuan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses ke atas semen untuk membolehkan semen disimpan dalam tempoh yang lama selepas dikumpulkan. Lazimnya, selepas semen dikumpulkan, penilaian akan dibuat ke atas semen tersebut terlebih dahulu sebelum dibekukan. Pembekuan semen dilakukan sehingga mencapai suhu -196° Celsius. |
anticoagulant | antikoagulan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang pembekuan darah dalam tubuh. Contohnya, ekstrak daun senduduk (Melastoma malabathricum) yang bersifat antikoagulan. |
antithrombosis | antitrombosis | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau membantu mengurangkan pembentukan pembekuan darah. Contohnya, ekstrak daun sambung nyawa (Gynura procumbens) yang bersifat antitrombosis. |
paint sludge | enapan cat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Keladak yang terbentuk akibat pembekuan cat. |
serum | serum | Kejururawatan | Tiada | Cecair yang terpisah daripada darah yang telah beku. Ia menyerupai plasma dari segi kandungannya tetapi tanpa daya fibrinogen dan bahan-bahan lain yang diperlukan dalam proses pembekuan. |