advocacy planning | perancangan pembelaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pendekatan sesuatu perancangan yang berbentuk rayuan, belaan atau anjuran. Contohnya penyediaan pelan atau rancangan sebagai alternatif rancangan yang sedia ada. |
criminal justice system | sistem keadilan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sistem penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan siasatan, penahanan, pendakwaan, pembelaan, penghakiman, penghukuman dan saksi jenayah. Sistem ini berlandaskan keadilan dan berpandukan undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini terdiri daripada beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah dan penjara. |
justifiable homicide | pembunuhan berkewajaran | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian. |
tract | tract | Kesusasteraan | Tiada | Risalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�. |
voluntary organization | organisasi sukarela | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan yang dibentuk bagi melakukan kerja-kerja sukarela untuk kepentingan orang ramai. Organisasi seperti ini lazimnya mempunyai matlamat yang baik iaitu untuk memberi kemudahan atau memperjuangkan sesuatu kepentingan yang tersendiri seperti pemeliharaan alam sekitar, perjuangan hak asasi, pembelaan hak wanita, perjuangan kepentingan buruh atau pergerakan pengakap, pandu puteri, palang merah dan kadet polis. Badan ini boleh berbentuk kecil-kecilan seperti persatuan di kampung atau boleh juga bersifat pertubuhan yang besar dan global seperti Pertubuhan Kehidupan Binatang Liar Sedunia (WWF). Anggota yang menganggotai pertubuhan ini tidak memikirkan matlamat keuntungan atau kepentingan kewangan sebaliknya bergerak untuk memenuhi matlamat pertubuhan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang merupakan organisasi sukarela yang aktif bergerak untuk memelihara kepentingan pengguna di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya. |