distance learning | pembelajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pembelajaran secara jarak jauh yang boleh berbentuk pembelajaran segerak atau pembelajaran tak segerak. Pembelajaran segerak atau masa-sama-tempat-beza bermaksud pelajar mengikuti pembelajaran secara langsung melalui sidang video/audio atau dalam talian, manakala pengajar berada di tempat yang berlainan. Pembelajaran tak segerak atau masa-beza-tempat-beza bermaksud pengajar menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk rakaman, buku, modul, video, web dan lain-lain, manakala pelajar merujuknya pada masa dan tempat yang berbeza. |
social learning | pembelajaran sosial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pembelajaran yang berasaskan teori pembelajaran sosial, iaitu manusia belajar dengan belajar daripada manusia lain dengan meniru perbuatan tersebut berdasarkan pemerhatian atau perkongsian maklumat. Pembelajaran ini merupakan satu bentuk revolusi dalam e-pembelajaran yang menggalakkan interaksi sesama mereka seperti individu yang terlibat dalam pembelajaran terangkai. Lihat juga pembelajaran terangkai. |
synchronous e-learning | e-pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sesi pembelajaran maya yang interaksinya berlaku pada masa nyata dengan menggunakan platform e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Banding e-pembelajaran tak segerak. |
asynchronous e-learning | e-pembelajaran tak segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sesi pembelajaran maya yang interaksinya tidak berlaku dalam masa nyata dengan menggunakan platform e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Banding e-pembelajaran segerak. |
flipped learning | pembelajaran balikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan penyampaian maklumat atau kuliah kepada pelajar secara individu, manakala aktiviti pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Penyampaian maklumat dijalankan dalam persekitaran pembelajaran individu melalui rakaman video, siar pod, siar web dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dijalankan dalam persekitaran pembelajaran kumpulan seperti bilik darjah dan kuliah. Pembelajaran balikan menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif. |
flexible learning | pembelajaran luwes | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang menawarkan pilihan masa, lokasi, pengajaran, kandungan dan mod penyampaian mengikut keperluan pelajar tersebut. Pilihan pelajar tertakluk kepada keperluan kursus dan pensijilan. E-pembelajaran memudahkan pelaksanaan pembelajaran luwes. Sinonim pembelajaran fleksibel. |
learning space | ruang pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran fizikal, maya, atau gabungan kedua-duanya sebagai tempat berlakunya pembelajaran berbanding ruang pembelajaran biasa. Ruang pembelajaran ialah hasil daripada proses reka bentuk dalam e-pembelajaran. |
self learning | pembelajaran kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar secara sendiri tanpa bantuan guru atau pelatih. Pembelajaran ini lebih mudah dengan adanya teknologi Internet dan e-pembelajaran. |
experience API (xAPI) | API pengalaman (xAPI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu piawaian perisian e-pembelajaran yang membolehkan isi kandungan pembelajaran berinteraksi dengan platform sistem pembelajaran dengan cara merekod dan menjejak semua jenis pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran pula direkodkan di dalam stor rekod pembelajaran (LRS). |
bring your own device learning (BYOD learning | pembelajaran bawa peranti sendiri (pembelajaran BYOD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran pembelajaran yang memerlukan pelajar membawa peranti sendiri seperti komputer, tablet, telefon pintar atau peranti peribadi lain yang sesuai untuk mengikuti sesi pembelajaran. |